Allah SWT menegaskan dalam firman-Nya, Katakanlah (Muhammad),
‘Seandainya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai (penulisan) kalimat-kalimat Tuhanku,
meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)
(Al-Kahfi:109).

Wednesday 24 July 2013

Mulianya Darjat Saidina Abu Bakar As Siddiq R.A




Image


Abu Bakar As Siddiq R.A antara sahabat yang sangat dimuliakan oleh Rasulullah S.A.W.

Abu Bakar sering menjadi pilihan Rasulullah S.A.W sebagai teman, Abu Bakar juga terpilih untuk menemani baginda berhijrah ke Madinah dari Makkah. Ketika di dalam gua Thur juga Rasulullah S.A.W pernah berdoa kepada Allah S.W.T agar ditempatkan Abu Bakar sedarjat bersamanya ketika di syurga nanti, kerana Abu Bakar sanggup menahan sakit dan perit kesakitan apabila dipatuk ular semasa
Rasulullah S.A.W sedang tidur dipangkuannya.

Gelaran As Siddiq diberi kepada Abu Bakar atas pendiriannya yang sangat hebat membenarkan apa sahaja dikatakan oleh Rasulullah S.A.W, di mana orang kafir Quraisy mendustakannya.

Abu Bakar sangat dikagumi dengan ketebalan imannya. Saidina Uthman Affan R.A pernah mendengar
Rasulullah berkata : “Jika ditimbang iman Abu Bakar As Siddiq dengan seluruh umat manusia, nescaya berat lagi iman Abu Bakar”.

Di situ dapat kita gambarkan betapa hebatnya ketaqwaan seorang sahabat Rasulullah ini.


sumber dari: kejartauhid.wordpress.com

No comments:

Post a Comment