Allah SWT menegaskan dalam firman-Nya, Katakanlah (Muhammad),
‘Seandainya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai (penulisan) kalimat-kalimat Tuhanku,
meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)
(Al-Kahfi:109).

Wednesday 31 July 2013

Madina al Munawarah







Lewat malam kami tiba di Madinah al Munawarrah. Hotel Dallah betul2 di depan Masjid Nabawi. tak smpi 5 minit jalan da smpi. selama ni tgk gamba Masjid Nabawi dalam gamba ada payung bole kembang kuncup. ha bila da depan mata smpi tak terkata. byk rupanya payung ttau nk tgk mana satu. Rasulullah s.a.w bersadba "Satu kali sembahyang di masjid ku 1000 kali lebih baik dari masjid2 lain kecuali Masjidil Haram".

Masjid Nabawi masjid kedua dibina oleh Rasulullah s.a.w dalam perhijrahan baginda kt Madinah. Masjid yg mula dibina oleh Rasulullah ketika smpi di Madinah ialah Masjid Quba. Rasulullah bersadba "1 sembayang di dalam Masjid Quba maka di beri 1 pahala umrah". ohoi mudahnya lah kan nk dapat pahala.

Tapak rumah Rasulullah s.a.w yg arini menjadi tapak makam baginda berada di dalam masjid nabawi di bawah kubah yg berwarna hijau. antara rumah baginda ke mimbar masjid, itu lah Raudah. Rasulullah s.a.w pernah bersabda "Tempat yang terletak antara mimbarku dgn rumahku merupakan taman di antara taman-taman syurga sedang mimbarku itu terletak di atas kolamku". Maka disunatkan bersolat sunat dan berdoa banyak2 di sini kerana diyakini doa2 dimakbulkan oleh Allah s.w.t.

dek pembesaran Masjid Nabawi, di sekitar makam baginda juga ada makam sahabat rasulullah Abu Bakar as-Siddiq dan Umar bin al-Khattab. di luar masjid, ada permakaman umum Baqi dimana sini terdapat makam2 sahabat2 dan isteri Rasulullah yang lain antara nya Aisyah.. =)


sumber dari: aishahaleyes.blogspot.com

No comments:

Post a Comment