Allah SWT menegaskan dalam firman-Nya, Katakanlah (Muhammad),
‘Seandainya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai (penulisan) kalimat-kalimat Tuhanku,
meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)
(Al-Kahfi:109).

Wednesday 17 July 2013

Pondok Soal Jawab Agama




DSC_0939


Syahdu dan terharu di hati apabila melalui pondok kecil ini.

Bukan kerana terlihatkan pondok tersebut.  Tetapi kerana fungsinya.

Pondok ini selalu disinggahi orang.  Di situ selalu diedarkan secara percuma buku-buku kecil yang mengandungi dzikir dan doa-doa yang thabit dari sunnah Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam, iaitu Hisnul Muslim dan Al-Adzkar An-Nabawiyyah.

Dan yang lebih mengujakan ialah apabila kedengaran suara lelaki dari pondok tersebut.  Suara tersebut dipancarkan melalui corong pembesar suara dan dapat didengari oleh orang yang lalu-lalang.

Dapat diketahui daripada suara tersebut bahawa lelaki tersebut sedang memberikan nasihat dan menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh orang ramai yang singgah ke pondok tersebut.  Lelaki dan perempuan sama-sama mendapat peluang bertanya melalui tingkap pondok yang diasingkan antara lelaki dan perempuan.  Dan soalan dijawab dengan ringkas tetapi padat.  SubhanALLAH!

DSC_0933
Seorang pegawai sedang menjawab soalan-soalan agama daripada orang ramai.

Betapa jelas kebaikan terzahir dari usaha sebegini.  Bukan sahaja dapat membantu jemaah umrah, haji dan yang menziarahi masjidil haram keluar dari ragu-ragu dan permasalahan feqh, bahkan menyuburkan suasana ilmu ke jalan-jalan yang sibuk dilalui orang.  Ma shaa’ ALLAH!


sumber dari: muzir.wordpress.com

No comments:

Post a Comment