Allah SWT menegaskan dalam firman-Nya, Katakanlah (Muhammad),
‘Seandainya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai (penulisan) kalimat-kalimat Tuhanku,
meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)
(Al-Kahfi:109).

Saturday 21 December 2013

Wacana Intellektual Ibn Khaldun




Minda Madani Online


(Dr) Ustaz Muhammad ‘Uthman El-Muhammady

Dalam kuliah terdahulu, kita telah melihat secara ringkas ruanglingkup wacana Ibn Khaldun dalam “al-Muqaddimah”nya, dari bab satu sampai empat. Dalam kesempatan ini kita boleh melihat pula perbincangan ilmunya dari bab ke-lima sampai bab ke enam.

Dalam bab ke lima beliau berbicara berkenaan dengan perkara-perkara berikut:

Umumnya bab ini berbicara berkenaan dengan pelbagai aspek usaha mencari penghidupan manusia, seperti mencari keuntungan, pertukangan, dan semua perkara yang terjadi berhubungan dengan beberapa persoalan berkenaan dengannya.

Dalam ceramah sebelum ini (ceramah ke-2) kita berbicara tentang beberapa perkara secara ringkas dalam bab ke-5 “al-Muqaddimah” yang menyentuh soal mencari penghidupan, pertukangan, jenis-jenis usaha dan pertukangan serta kedudukannya masing-masing dalam masyarakat, sampai kepada perbincangan tentang mencari harta karun. Juga dibicarakan kemahiran-kemahiran intelektuil termasuk kepentingan menulis dan falsahanya, juga kepentingan ilmu hisab atau mathematik yang meningkatkan kecerdasan manusia. Kemudian dibicarakan kandungan bab keenam ‘al-Muqaddimah” yang menyentuh soal-soal berkenaan dengan budaya berfikir dan budaya ilmu.

Sebagai sambungan tentang bab ke-6 ini, dalam kesempatan ini, insya’ Allah kita akan berbicara lagi berkenaan dengan budaya berfikir dan budaya ilmu.



sumber dari: mindamadani.my

No comments:

Post a Comment