Selalu kita dengar orang kata, Kota Suci Mekah & Madinah sentiasa berada dalam lindungan Allah s.w.t.
Kenyataan tu betul sebagaimana kenyataan yg menyebut kitab suci Al-Quran akan sentiasa terjaga kesuciannya.
Namun, dalam pada kita yakin dgn penjagaan & lindungan Allah s.w.t, tidaklah pulak kita digalakkan berdiam diri berpeluk tubuh tanpa mengambil walau sedikit langkah pre-caution utk keselamatan Kota Suci Mekah & Madinah.
Sejarah merekodkan Kota Suci Mekah & Madinah pernah mengalami beberapa peristiwa besar antaranya percubaan mencuri jasad Rasulullah s.a.w, serbuan bersenjata oleh pengikut Al-mahdi palsu pada tahun 1979, pertempuran berdarah antara penunjuk perasaan Iran pada 1987 dgn anggota keselamatan Saudi, tragedi maut dalam terowong di Mina dalam tahun 1990 dan beberapa kejadian lain.
Jadinya bila kita membaca berita atau melihat gambar-gambar persediaan Arab Saudi yg menggerakkan hampir 30,000 anggota tentera, pengawal keselamatan & lain-lain janganlah kita menganggap pemerintah Arab Saudi tidak yakin dgn kekuasaan & perlindungan Allah s.w.t.
Kali ini kita akan melihat beberapa koleksi photo persediaan Arab Saudi sepanjang musim haji tahun 2011 ni disamping beberapa photo yg lain.
Pasukan Khas Arab Saudi sewaktu melakukan latihan kawad bersenjata.
Antara anggota tentera yg terlibat dalam menjaga keselamatan Mekah & Madinah
Unit-unit tentera Arab Saudi yg terlibat mengawal penjuru Mekah & Madinah daripada sebarang ancaman yg mungkin berlaku
Pasukan Sniper Arab Saudi sedang melakukan pemerhatian & kawalan keselamatan jemaah haji di sekitar Kota Suci Mekah
Unit anti pengganas Arab Saudi dalam keadaan bersedia bersama kelengkapan pelancar roket & mesingun.
Langkah keselamatan menghadapi tumpahan bahan kimia & ancaman berkaitan
Kemudahan ambulance utk kes-kes kecemasan
Kenderaan pickup khas berkemungkinan utk bantuan aliran udara sekiranya berlaku kesesakan di dalam terowong
Sebahagian anggota perubatan Arab Saudi
sumber dari: xpressminda.wordpress.com
No comments:
Post a Comment