Allah SWT menegaskan dalam firman-Nya, Katakanlah (Muhammad),
‘Seandainya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai (penulisan) kalimat-kalimat Tuhanku,
meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)
(Al-Kahfi:109).

Tuesday 30 October 2012

Wasiat Imam Syafie






Sebelum Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:

“Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara.”

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI iaitu: mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT iaitu: mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR iaitu : membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT) iaitu : menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT) iaitu : membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA) iaitu : menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA) iaitu : redha dengan Qadha’ Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI S.A.W iaitu : berselawat ke atas Baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT iaitu : mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Sehingga pada tahun 199 H Imam Syafie masuk semula ke Mesir dan meninggal dunia di Mesir pada malam Jumaat yang penuh barakah. Beliau dikebumikan selepas Asar pada hari Jumaat bertarikh 29 Rejab 204 H bersamaan 19 Januari 820 M.



sumber dari: dauratul-ilmu.blogspot.com

Imam Syafie Menghadapi Pertuduhan





Imam Syafie masuk ke Baghdad sebanyak 3 kali. Kali pertama pada tahun 183 H ataupun sebelum Khilafah Harun Ar Rashid. kali kedua pada tahun 195 H dan tinggal di Baghdad selama 2 tahun. Kali ketiga pada tahun 198 H.

Ahli sejarah telah menceritakan bahawa waktu Khalifah Harun Ar-Rasyid sedang marah terhadap kaum Syiah, kerana golongan tersebut berusaha untuk meruntuhkan kekuasaan Abbasiyah, mereka berhasrat mendirikan sebuah kerajaan Alawiyah iaitu keturunan Saidina Ali bin Abi Talib. Justru, di mana sahaja kaum Syiah berada mereka diburu dan dibunuh.

Satu kali datang surat khalifah dari Baghdad. Dalam surat yang ditujukan kepada Wali negeri itu diberitahukan supaya semua kaum Syiah ditangkap. Untuk pertama kali yang paling penting adalah para pemimpinnya. Jika urusan penangkapan telah selesai semua mereka akan dikirimkan ke Baghdad. Semuanya harus dibelenggu dan dirantai. Imam Syafie juga ditangkap kerana di dalam surat tersebut dinyatakan bahawa beliau termasuk dalam senarai para pemimpin Syiah.

Ketika peristiwa itu terjadi pada bulan Ramadhan, Imam Syafie dibawa ke Baghdad dengan dirantai kedua belah tangannya. Dalam keadaan dibelenggu itu para tahanan disuruh berjalan kaki mulai dari Arab Selatan (Yaman) sampai ke Arab Utara (Baghdad), yang menempuh perjalanan selama dua bulan. Sampai di Baghdad belenggu belum dibuka, yang menyebabkan darah-darah hitam melekat pada rantai-rantai yang mengikat tangan mereka.

Pada suatu malam pengadilan pun dimulai. Para tahanan seorang demi seorang masuk ke dalam bilik pemeriksaan. Setelah mereka ditanya dengan beberapa soalan, mereka dibunuh dengan dipenggal leher tahanan tersebut. Agar darah yang keluar dari leher yang dipotong itu tidak berselerak ia dialas dengan kulit binatang.

Imam Syafie dalam keadaan tenang menunggu giliran, memohon dari Allah SWT. Beliau dipanggil ke hadapan khalifah. Imam Syafie menyerahkan segalanya hanya kepada Allah SWT. Dengan keadaan merangkak kerana kedua belah kaki beliau diikat dengan rantai, Imam Syafie mengadap khalifah. Semua para pembesar memerhatikan beliau.

“Assalamualaika, ya Amir al-Mukminin wabarakatuh.”
Demikian ucapan salam beliau kepada baginda dengan tidak disempurnakan iaitu “Warahmatullah.”

“Wa alaikassalam warahmatullah wabarakatuh.” Jawab baginda. Kemudian baginda bertanya: “Mengapa engkau mengucap salam dengan ucapan yang tidak diperintahkan oleh sunnah, dan mengapa engkau berani berkata-kata dalam majlis ini sebelum mendapat izin dari saya?”

Imam Syafie menjawab: “Saya tidak mengucapkan kata “Warahmatullah” kerana rahmat Allah itu terletak dalam hati baginda sendiri.” Mendengar kata-kata itu hati baginda jadi lembut. Kemudian Imam Syafie membaca surah An-Nur ayat 55 yang bermaksud:

“Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang yang sebelum mereka berkuasa, dan sesungguhnya Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhaiNya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa.”

Setelah membaca ayat di atas, Imam Syafie berkata: “Demikianlah Allah telah menepati janjiNya, kerana sekarang Tuanku telah menjadi khalifah, jawapan salam Tuanku tadi membuat hati saya menjadi aman.” Hati baginda menjadi bertambah lembut. Baginda Harun ar Rashid bertanya kembali: “Kenapa engkau menyebarkan faham Syiah, dan apa alasanmu untuk menolak tuduhan atas dirimu.”

“Saya tidak dapat menjawab pertanyaan Tuanku dengan baik bila saya masih dirantai begini. Jika belenggu ini dibuka Insya-Allah saya akan menjawab dengan sempurna. Lalu baginda memerintahkan kepada pengawal untuk membukakan belenggu yang mengikat lmam Syafie itu.

Setelah rantai yang membelenggu kedua kaki dan tangannya itu dibuka, maka Imam Syafie duduk dengan baik kemudian membaca surah al-Hujarat ayat 6:

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq yang membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.”

“Ya Amirul Mukminin, sesungguhnya berita yang sampai kepada Tuanku itu adalah dusta belaka. Sesungguhnya saya ini menjaga kehormatan Islam. Dan Tuankulah yang berhak memegang adab kitab Allah kerana Tuanku adalah putera bapa saudara Rasulullah SAW iaitu Abbas. Kita sama-sama menghormati keluarga Rasulullah. Maka kalau saya dituduh Syiah kerana saya sayang dan cinta kepada Rasulullah dan keluarganya, maka demi Allah, biarlah umat Islam sedunia ini menyaksikan bahawa saya adalah Syiah. Dan tuan-tuan sendiri tentunya sayang dan cinta kepada keluarga Rasulullah.” Demikian jawab Imam Syafie.

Baginda Harun ar Rasyid menundukkan kepalanya. Ia berkata kepada Imam Syafie: “Mulai hari ini bergembiralah engkau agar lenyaplah perselisihan antara kami dengan kamu, kerana kami harus memelihara dan menghormati pengetahuanmu wahai Imam Syafie.”

Beliau menjadi masyhur di kalangan umat Islam pada ketika itu. Setelah itu beliau berhijrah ke Mesir. Imam Syafie keluar masuk Mesir terlalu kerap sehinggakan tidak diketahui berapa kali.



sumber dari: dauratul-ilmu.blogspot.com

Biodata Imam Syafie





Nama penuh: Abu Abdullah Muhammad ibn Idris ibn Abas ibn Usman ibn Syafi' ibn 'Ubaid ibn Abdu Yazid ibn Hashim ibn Mutolib ibn Abdu Manaf.
Nasab keturunan dengan Nabi Muhammad S.A.W: melalui datuk baginda Abdu Manaf dan melalui nasab ibu kepada Imam Syafie, Fatimah binti Abdullah ibn Hasan ibn Hussin ibn Ali ibn Abi Talib. Hubungan nasab ini diakui jumhur ulamak.
Lahir: Tahun 150 H di Ghazzah, Palestin



Kehidupan: Beliau membesar di dalam keluarga yang fakir di Palestin. Bapanya meninggal ketika Imam Syafie kecil lagi. Ketika berumur 2 tahun ibunya telah membawa ke Kota Makkah untuk berjumpa dengan saudara mara beliau dari keturunan yang dihormati.

Ketika Imam Syafie berumur 7 tahun, beliau telah pun menghafaz Al Quran dan selepas itu beliau menghafaz pula hadith-hadith Rasulullah S.A.W. Imam Syafie juga menguasai ilmu bahasa Arab fushah. Di usia mudanya, beliau menuntut ilmu dari ramai fuqaha' di Makkah sehinggakan
beliau diminta untuk memberi pandangan dalam menyelesaikan masalah agama.

Tentang ketaatan beliau dalam beribadah kepada Allah di ceritakan bahawa setiap malam beliau membaHAgi malam itu kepada tiga bahagian. Sepertiga malam beliau gunakan kewajipan sebagai manusia yang mempunyai keluarga, sepertiga malam untuk solat dan zikir dan sepertiga lagi untuk tidur.

Imam Syafie kerap berhijrah ke luar negara untuk mengutip mutiara ilmu dari ramai ulamak yang tersohor pada masa itu. Beliau pergi ke Madinah Al Munawwarah untuk berjumpa dengan Imam Malik dan tinggal bersamanya sehingga ke penghujung hayat Imam Malik. Imam Malik meninggal dunia pada tahun 179 H.

Setelah itu Imam Syafie menyibukkan diri dengan ilmu agama dan beliau bertugas di Yaman. Ketika beliau di Yaman, beliau diangkat menjadi setiausaha dan penulis istimewa Gabenor di Yaman, sekaligus menjadi guru besar di sana. Oleh kerana beliau termasuk orang pendatang, secara tiba-tiba memangku jawatan yang tinggi, maka ramai orang yang memfitnah beliau.



sumber dari: dauratul-ilmu.blogspot.com

Imam Syafie -wikipedia




Cendekiawan Islam
Zaman Kegemilangan Islam
Nama:Muhammad bin Idris as-Syafii
Gelaran:Imam Syafii
Lahir:767
Wafat:820
Bidang:Fiqah,
Idea utama:Mazhab Syafii
Pengaruh:Imam Malik



Muhammad bin Idris al-Syafii, juga dikenali sebagai Imam Syafii (ejaan lain: Imam Syafie) adalah ahli fiqah Islam yang terkemuka dalam sejarah Islam. Beliau adalah pengasas kepada mazhab Syafii, salah satu daripada mazhab Islam yang banyak diikuti oleh penganut agama Islam di India, Indonesia dan Malaysia.


Imam Syafie dibesarkan di Hijaz, tanah asal Ahli Sunah Waljamaah. Pada awalnya, beliau berpegang kepada ajaran Imam Malik sebelum berhijrah ke Iraq dan di sana beliau didedahkan kepada pentaakulan logik Islam yang diamalkan oleh ahli fiqah Iraq. Setelah itu, Imam Syafii berhijrah ke Mesir di mana beliau memperkenalkan pemikiran, sistem pentaakulan dan ajaran beliau yang pada hari ini dikenali sebagai mazhab Syafie.

Pengajian beliau dalam ilmu fiqah terbahagi kepada tiga peringkat. Peringkat permulaan ialah ketika beliau di Makkah dan Madinah, Hijjaz. Setelah dilatih untuk menjadi ahli fiqah yang mengutamakan Sunnah nabi, beliau dihantar ke Iraq. Di Iraqlah bermula peringkat kedua pengajian beliau, dengan mendapat pendidikan mengenai pentaakulan dalam menentukan syaria Islam. Peringkat terakhir adalah ketika beliau di Mesir dan pengasasan mazhab Syafii.

Imam Syafii dilahirkan sama ada di Gaza, Palestin atau di sebuah pekan kecil berdekatan dengan Asqalan atau Askelon di Turki atau Syria (Asqalan ketika zaman itu merupakan sebahagian daripada Syria). Selepas kemangkatan bapa beliau, keluarganya berhijrah ke Palestin bersama-sama dengan Bani Yaman, yang merupakan satu keturunan ibu beliau. Ketika berumur 10 tahun, beliau berhijrah sekali lagi ke Makkah. Imam Syafii mula mempelajari al-Quran ketika berumur tujuh tahun dan mula mempelajari dan mengingati kitab al-Muwatta' karangan Imam Malik pada umur 10 tahun. Ketika berumur 15 tahun, beliau diberi pengiiktirafan untuk mengajukan pendapat beliau di dalam bidang fiqah.

Bapa beliau berasal daripada bani Quraisy, dan nenek moyang Imam Syafii adalah al-Mutallib adalah bapa saudara Nabi Muhammad. Bani Quriasy merupakan penyokong Nabi Muhammad S.A.W setelah Perang Badar. Sejarah keturunan beliau memberikan beliau martabat dan mungkin juga menjadi sumber inspirasi untuk beliau mempertahankan ajaran Sunah.

Membesar di kalangan puak Badwi, Imam Syafii kemudiannya kembali ke Makkah dan memulakan pengajian syaria beliau dengan Muslim bin Khalid al-Zanji, Mufti Mekah ketika itu, Sufian bin Uyaina, dan lain-lain lagi. Walaupun telah diiktiraf untuk menjadi hakim, beliau membuat keputusan untuk meneruskan pengajian dengan Imam Malik. Imam Syafii meinggalkan Mekah ke Madiah untuk bertemu dengan Imam Malik, dan umur beliau ketika itu ialah 22 tahun.



sumber dari: ms.wikipedia.org

Monday 29 October 2012

Kenangan Haji Dulu-dulu




Salam semua, belumlah sampai lagi saya ke sana..sekadar berkongsi pengalaman orang lain yang dapat dijadikan renungan kepada kita semua. Di ceritakan sewaktu awal 60 an dahulu arwah Tok Wan saya ke Mekah menggunakan kapal laut dan belayar sehingga berbulan-bulan berbanding sekarang yang hanya sepertidur sahaja sudah sampai ke Mekah.


Seperkara menarik lain yang saya dengar, seandainya ada kematian sewaktu pelayaran ke tanah suci tersebut maka jenazah akan di kebumikan di laut sahaja. Selepas jenazah di mandi, dikafan dan disembahyangkan, jenazah tersebut di semadikan di laut.


Orang zaman dulu memang bersungguh-sungguh apabila bersiap untuk ke Mekah setiap kali tiba musim haji. Pelbagai persiapan di lakukan termasuk menjual tanah untuk mendapatkan bekalan wang yang cukup seandainya terkandas di tanah suci.


Maka tergadai tergoloklah kebanyakan tanah-tanah yang ada kerana kebanyakan yang ke sana seolah mengharapkan mereka meninggal di sana dan di kebumikan dekat dengan Kaabah.

Terdapat juga ramai di kalangan jemaah haji yang meninggal dan di kebumikan disana. Tok wan saya juga pernah menceritakan ramai yang kematian isteri di sana akan pulang semula ke Malaysia dengan beristeri baru..ermmm,macam-macam..



sumber dari: zulkbo.com

Kota Mekah -dahulu dan sekarang






Memang setiap 10 hari Ramadhan yang terakhir saya akan berada di kota Makkah untuk memyambut Ramadhan di sana dan mengerjakan ibadah umrah. Sudah 11 tahun saya meraikan Ramadhan di sana dan pada tahun ini saya pergi bersama adik angkat saya Ashraf Muslim.

 Tahun ini saya pergi dengan travel agent Andalusia sebab travel agent ini lah yang paling murah, alhamdulilah syukur. Travel agent yang lain semua mahal-mahal belaka. Setiap kali saya pergi, mesti ada pembaharuan yang berlaku di kota Makkah.

Kota Makkah sekarang dan kota Makkah dahulu banyak beza. Saya lebih suka akan kota Makkah 10 atau 5 tahun dahulu. Masa itu banyak tempat penginapan hotel-hotel berdekatan dengan Masjidil Haram. Ada satu tahun saya pergi dengan travel agency Rayha dan hotel tempat penginapan hanya 10 meter dari Masjidil Haram. Turun tangga hotel, seberang jalan raya, dah tiba pintu masok masjid. Kepada jemaah yang pernah ke Makkah dahulu, masih ingat lagi Hotel Firdaus, Hotel Makkah, Hotel New Saffa, Sofitel, dll. Sekarang ni, hotel murah yang paling terdekat ialah hotel Hijaz (terletak belakang Hilton), 150 meter dari Masjidil Haram. Kecuali lah kalau orang-orang yang berada dan yang kemampuan untuk mampu tinggal di 5 star atau 6 star hotel-hotel seperti Hilton, Inter Continental, ZamZam Tower, Hotel Safwan dan lain-lain lagi.



Saya tertanya kanapa tempat penginapan di kota Makkah tidak di bina macam di Madinah? Kanapa mesti hotel hotel yang 5 star atau 6 star sahaja yang dibina dekat atau sekeliling dengan Masjidil Haram? Di Madinah, kebanyakan hotel-hotel sekeliling Masjid Nabawi adalah hotel-hotel biasa dan semua golongan jemaah boleh menginap di hotel-hotel berdekatan dengan Masjid Nabawi.



Harga package umrah sekarang sungguh mahal kalau bandingkan saya pergi 10 tahun dulu. Dahulu kos package untuk 10 hari akhir ramadhan dalam anggaran RM3 ribu atau RM4 ribu, sekarang ni sampai RM8 ribu hingga RM10 ribu (yang package murah tu). Bila ditanya kanapa sekarang package mahal, jawapan yang diberi sebab kos penginapan di Makkah sudah naik tiga atau empat kali ganda sebab banyak hotel-hotel lama sudah diruntuhkan. Ada dilapurkan 1,200 bangunan hotel-hotel (bukan bilangan bilek hotel ya..) telah diruntuhkan untuk memberi laluan kepada projek pembesaran Masjidil Haram. Saya setuju Masjidil Haram perlu dibesarkan lagi untuk menampung peningkatan jemaah di masa hadapan. Tetapi mesti lah ada perancangan yang teliti untuk mengganti tempat-tempat penginapan di Makkah.

Satu ketika dahulu, hotel Sofitel dan jembatan dari tempat Sai







Masih ingat dulu kedai-kedai di sekitaran Masjidil Haram. Kalau lepas habis buat Sai di Bukit Saffar, keluar saja ada kedai-kedai gunting, kedai jual ice-cream, kedai makan indonesia dan kedai makan pakistan. Dalam kawasan luar masjid ada kedai-kedai runcit, sesiapa yang hilang selipar atau kasut boleh beli dekat kedai itu, tak perlu berjalan berkaki ayam balek hotel. Dulu ada bazaar antara Saffar dengan Masjid Kuching, bazaar yang atasnya ditutup zinc. Banyak kedai jual kurma, kedai kitab, kedai jual mas, kedai jual kain ela, kedai jual carpet, kedai orang Yemen jual souvenier dan macam-macam lagi. Di bahagian Gazza, terdapat banyak kedai-kedai untuk membeli-belah. Itu lah Makkah sepuluh tahun atau lima tahun lalu!



Semasa saya pergi umrah ramadhan yang lalu, saya sangat terharu melihat warga-warga tua yang terpaksa berjalan hingga 1 km hingga 3 km untuk pergi ke Majidil Haram sebab tempat penginapan yang murah atau sederhana memang terletak jauh dari Masjidil Haram. Kalau musim haji atau 10 hari ramadhan yang terakhir, cabaran yang paling utama berada di kota Makkah ialah bagaimana hendak meharungi jutaan lautan manusia sebelum dan selepas setiap waktu fardhu solat. Selain dari cuaca panas di bulan ramadhan, dugaan yang paling mencabar ialah meharungi jutaan jemaah didalam masjid mahu pun di luar masjid di kota Makkah. Gambar diatas adalah suasana diluar masjid selepas solat jumaat. Gambar dibawah adalah suasana di Dataran Kaabah diambil semasa sebelum solat terawih.





Di Masjidil Haram pula, dulu kita boleh lihat telaga zamzam, sekarang air zamzam mengalir dari paip air biasa di tepi masjid. Dulu kita boleh mandi air zamzam di tempat ambil wudhu dibawah tangga tempat air zamzam. Banyak pembaharuan di Masjidil Haram, diperbesarkan laluan sai dari 1 lane ke 2 lane, dahulu tempat sai hanya dua tingkat tetapi sekarang 3 tingkat, sekaranng laluan sai di tingkat bawah ada aircond. Dulu ada garisan hitam antara penjuru Hajar Aswad dan tiang lampu hijau di masjid, tetapi sekarang tiada lagi. Dulu masa tawaf, di garisan hitam ini lah selalu “jam” sebab jemaah mencari-cari dimana garisan hitam itu.



Sekarang ada jam besar, jam yang terbesar dan tertinggi di dunia yang terletak di bangunan Makkah Clock Tower Hotel. Memang cantik dan megah, dari Taneem boleh nampak jam besar itu. Tapi saya kekadang tertanya, perlu ke ada nya jam sebesar itu. Kos yang menelan belanja berbilion untuk mendirikan bangunan Makkah Clock Tower itu mungkin akan lebih berfaedah sekiranya dibina monorail atau pengangkutan laju antara Masjidil Haram dan Taneem. Sudah 11 tahum saya naik van atau bas merah awam untuk pergi ke Taneem untuk memlafaz niat miqat umrah. Berjuta lagi jemah lain yang naik van dan bas seperti saya. Alangkah mudahnya kalau ada kemudahan monorail atau pengakutan yang lebih efectif lagi supaya jemaah selesa dan tidak buang masa pergi ke Taneem.

Lima atau sepuluh tahun akan datang, kota Makkah akan bertukar lagi dengan bangunan-bangunan tinggi dan kemudahan moden dan infrastruktur yang terkini. Dengar khabar ada keretapi bawah tanah menghubungkan Jeddah, Tanaeem, Masjidil Haram dan Mina. Memang pembangunan itu perlu mengikut peredaran masa dan untuk menampung peningkatan jemaah yang datang ke kota Makkah tapi sayang nya bandar lama Makkah hanya dalam kenangan.



sumber dari: blog.fs-alpha.com

Kedinginan Madinah Menggamit





MADINAH AL-MUNAWARAH – 12 February 2001

Saya terjaga apabila bas berhenti di salah satu check point. Suatu pengalaman baru dapat dipelajari rupa-rupanya orang arab ni memang suka melakukan kerja-kerja kearah kebaikan. Mereka suka bersedekah ke jalan fisabilillah . Diperhentian ini 2 orang berbangsa arab menaiki kedalam bas dan memberi kami beberapa jenis roti, buah-buahan dan juga air mineral. Syukran… syukran…

 Bercakap pasal makan, sememangnya mencukupi keperluan saya disepanjang perjalanan tersebut. Setelah urusan di check point selesai, pemandu bas berkata sesuatu dengan bahasa isyarat kepada salah seorang jemaah yang berada dihadapan. Selepas itu kelihatan jemaah tersebut bersuara agar semua jemaah yang berada didalam bas menghulurkan sedikit saguhati kepada pemandu tersebut. Saya tak ambil kesah sangat sebab suami akan uruskan. Bas yang kami naiki kembali bergerak menuju kedestinasinya. Saya sempat menjamah sedikit roti yang diperolehi sebentar tadi. Eemmm…. sedap betul…..memang sedap……..tak sedar seketul roti tersebut telah habis dimakan. Saya kembali melelapkan mata yang masih mengantuk dan keletihan.

Sekali lagi tidur saya terganggu apabila bas berhenti disalah satu perhentian. Jam ditangan menunjukkan hampir pukul 12.00 pagi. Pemandu memberi isyarat untuk pergi makan. Tidak ramai jemaah yang turun. Hampir 1 jam menunggu, kelibat pemandu bas masih tidak kelihatan sedangkan semua jemaah sudah pun berada didalam bas. Tidak lama kemudian baru lah ia muncul. Beginilah kerenahnya….. Apa yang lebih mengecutkan perut kami iaitu apabila dia memberitahu bahawa beg yang berisi passport kami telah hilang. Selepas itu dia meminta kami memberikan sedikit lagi saguhati dan berpura-pura mencari beg yang dikatakan hilang tadi. Untuk menyelesaikan masalah tersebut, sekali lagi kutipan dilakukan. Inilah yang dinamakan baghsis agaknya…… Perjalanan diteruskan lagi.

Lebih kurang pukul 3.30 pagi, sekali lagi kami berhenti di sebuah stesen minyak. Cuaca diluar begitu dingin dan angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Aku hanya berehat didalam bas. Perjalanan kami sudah pun menghampiri bandar Madinah. Perjalanan diteruskan kembali. Perumahan dikiri kanan perjalanan sudah mula kelihatan. Cahaya api neon dari perumahan tersebut menerangi kegelapan pagi. Dalam kedinginan pagi

Masjid Nabawi
Masjid Nabawi

tersebut, Masjid Nabawi sudah jelas kelihatan, tersergam indah… tak sabar rasanya untuk cepat kesana. Laungan azan pertama telah pun kedengaran. Bas berhenti diperkarangan sebuah hotel, namun itu bukanlah hotel penginapan kami. Kami semua naik kembali kedalam bas dan menuju ke hotel yang sepatutnya.

Masjid Nabawi
Masjid Nabawi

Lebih kurang pukul 4.30 pagi barulah kami sampai ke hotel penginapan iaitu Hotel Mawaddah. Terletak di zon 2. Disini Tabung Haji meletakkan lambang pensil sebagai pengenalan tempat penginapan kami. Jarak dari hotel ke Masjid Nabawi lebih kurang 50 meter sahaja. Memang begitu dekat sekali.
Saya dan suami check in dan ditempatkan dibilik ditingkat 1. Saya berkongsi bilik bersama tiga lagi jemaah yang lebih berusia. Untuk lebih mesra, saya memanggil mereka dengan panggilan Mak Long Sapiah, Long Jamilah dan Makcik Hatiah. Kesemua mereka berasal dari Pulau Pinang. Sewaktu sampai di Madinah, saya baru saja menyambut hari lahir yang ke 45 tahun. Bagi saya angka 4 dan 5 mempunyai pengertiannya tersendiri. Sebelum ini didalam rukun islam, saya hanya mampu melakukan 4 perkara sahaja, namun kini dengan permergian mengerjakan haji, maka genaplah 5 rukun islam tersebut keatas diri saya.

Perjalanan dari Jeddah ke Madinah sepatutnya mengambil masa lebih kurang antara 6 hingga 7 jam sahaja. Namun bas yang kami naiki telah melewati masa yang begitu panjang sehingga pukul 4.30 pagi barulah kami sampai ke Madinah.

Alhamdulliah, kini….. kami sudah pun berada di bumi haram Madinah. Kedinginan Madinah menggamit kedatangan saya dengan penuh kesabaran. Saya dan rakan sebilik menunaikan fardhu subuh di tempat penginapan sahaja….

Sementara menunggu pukul 6.30 pagi, oleh kerana masih keletihan, saya sempat merebahkan badan ditilam empok yang telah tersedia. Terlelap seketika… ZZzzz……



sumber dari: rusnah.wordpress.com

lampu merah tanda jalan?



Saudi road with car and camel



Saya tidak tahu tentang cara memandu manusia di tempat lain kecuali di Malaysia dan di Saudi. Setelah lebih sebulan saya hidup di sini, barulah saya mengerti serba sedikit bagaimana manusia di sini memegang kereta.


Kebanyakan orang Arab di sini terdiri dari mereka yang berharta dan kaya-raya. Soal membeli kereta bukan perkara yang susah, mereka dengan sewenang boleh membeli kerta yang besar-besar dan berkuasa tinggi. Sebut sahaja jenama apa terutama jenama kereta Amerika dan kereta pacuan 4 roda pasti bertimbun melata di jalanraya. Kalau Toyota Camry di Malaysia di anggap kereta yang gah dipecut di jalan, namun di sini Toyota Camry itu semacam bersepahnya Kancil di Malaysia.

Di Malaysia, sesiapa pun akan berasa kurang selesa jika ada kenderaan yang tidak berada di dalam lane yang sepatutnya. Tapi di sini, bukan kata lane, malah garisan untuk membahagikan jalanraya juga tidak ada!!! Namun, bukan semua jalan begitu. Ada jalan yang bergaris, terutama di sepanjang lebuhraya tapi bukan digarisi dengan cat putih atau kuning tapi di garisan jalan diletakkan sejenis besi berbentuk suku sfera berwarna kelabu yang dipasak ke dalam tar jalan. Ketul-ketul besi inilah yang menjadi pemisah antara lane kiri, kanan dan tengah. Tapi sekuat mana pun ketul-ketul ini, ia tidak akan dapat mematikan semangat para pemandu di sini untuk memakan jalan orang lain. Maka jika jalan itu sepatutnya ada 3 lane akan beranak menjadi 4 atau 5 lane.

Hal yang pelik juga berlaku di bulatan. Jika kita ingat kembali pelajaran ketika di sekolah memandu, kenderaan yang berada di dalam bulatan akan terus menerus berjalan dan mereka yang berada di persimpangan akan berhenti memberi laluan kepada mereka yang dari bulatan. Namun di sini, kereta yang berada di dalam bulatan akan berhenti memberi laluan kepada mereka yang di persimpangan. Jika tidak, kereta mereka mungkin akan dicium oleh kereta dari simpang!

Begitu juga attitude di lampu isyarat. Lampu hijau bererti jalan. Lampu merah bermakna berhenti. Tapi lampu kuning bermakna pecut kenderaan anda semampu boleh. Ya, jika di Malaysia memang ada kereta begini. Tapi setakat 2-3 kereta yang mampu menjuarai lampu kuning itu, namun di sini 5-6 kereta akan memecut laju ketika lampu kuning dan 2-3 kereta turut akan menekan minyak semahu mungkin ketika lampu bertukar merah!!

2 malam kelmarin, suami mahu membeli kitab yang di pesan oleh sahabat mak keramat. Ketika itu baru jam 10.30 malam, kereta di jalan penuh seakan semut-semut beratur untuk mencari makanan. Kereta yang dinaiki kami berada di kanan jalan (tempat pemandu di belah kiri). Di depan ada traffic light dan ada simpang di sebelah kanan. Secara tiba-tiba sebuah kereta berwarna putih naik ke atas pembahagi jalan dan memotong deretan kenderaan lain untuk pergi ke simpang kanan. Dan pemandu berhidung mancung berpakaian putih yang memakai syemagh (kain berwarna merah putih yang sering dipakai menyelimuti kepala) tersenyum lebar memandang kami sambil memegang kayu siwak di tangan kanannya semasa naik ke pembahagi jalan itu. Alangkah bahagianya pemandu itu..

Syemagh warna merah
Syemagh warna merah

Maka kesimpulannya, saya bersyukur kerana tidak dibenarkan memandu di sini…
p/s; walaupun attitude sebahagian arab tidak begitu bersih dan cermat serta sopan ketika memandu, namun saya kagum dengan bangsa ini yang bersifat murah hati dan ultra dermawan yang jarang dilihat di tempat lain.



sumber dari: drnurizah.wordpress.com

Ziarah Masjid An-Nabawi



Masjid Nabawi



Madinah di pagi itu agak sejuk dan dingin. Lebih kurang pukul 6.30 pagi, saya dan suami turun kebawah diperkarangan hotel untuk membeli sarapan pagi. Emmm… tak sangka, di bumi Madinah ni pun kami masih boleh menikmati nasi lemak seperti berada di Malaysia juga.

Tepat pukul 7.00 pagi, semua jemaah sudah pun berada di luar perkarangan hotel. Kami dibawa oleh muttawif untuk melakukan ziarah luar dan dalaman dipersekitaran Masjid Nabawi. Selesai mendengar taklimat daripada pegawai Tabung Haji, kami pun mulalah berjalan dan bergerak menuju ke Masjid Nabawi yang hanya terletak kira-kira 50m sahaja jaraknya dari hotel. Dengan langkah kanan, saya dan suami memasuki perkarangan Masjid Nabawi melalui pintu gate no.9.

Kami menghabiskan masa ziarah dengan penuh bermakna. Dipagi itu terdapat banyak lagi jemaah haji dari negara lain, antaranya terdapat jemaah haji dari Turki, Indonesia, Pakistan dan juga negara-negara dari Afrika. Sesekali terasa juga kepenatan berjalan kerana perkarangan masjid sememangnya begitu luas. Di suatu bahagian dapat dilihat akan had sempadan dimana lokasi imam berada. Bagi mereka yang ingin melakukan solat berjemaah, kenalah mengambil tempat agak sedikit dibelakang daripada had sempadan dimana lokasi imam berada.

Kubah Hijau
Kubah Hijau

Di suatu bahagian kelihatan kubah hijau dimana terletaknya makam Rasulullah s.a.w. Disini, saya dan suami sama-sama membaca doa untuk kesejahteraan Rasulullah s.a.w. dan juga keluarganya serta para sahabat. Beberapa Hadis ada menyebutkan tentang menziarahi Masjid Nabawi dan makam Rasulullah s.a.w., antara lain bermaksud:

Sesiapa yang datang menunaikan fardhu haji, tidak menziarahiku, maka sesungguhnya dia telah membenciku. Sesiapa yang menziarahiku setelah kematianku adalah serupa dengan menziarahiku semasa hidupku. Sesiapa yang menziarahi kuburku, pasti ia akan memperolehi syafaatku

Perkuburan Baqi
Perkuburan Baqi

Lebih kurang pukul 9.00 pagi, jemaah lelaki dan wanita terpaksa berpecah. Jemaah lelaki dibawa menziarahi perkuburan Baqi manakala jemaah wanita pula dibawa menziarahi dalaman Masjid iaitu ke Raudhah (taman shurga). Kami dibawa ke pintu No.31. Keadaan diketika itu begitu sesak sekali. Raudhah hanya dibuka pada waktu-waktu tertentu sahaja untuk jemaah wanita. Keadaan yang sesak dan berpusu-pusu untuk masuk ke Raudhah adalah perkara biasa. Saya hanya mampu berdoa agar diberi kemudahan untuk menziarahi makam Rasulullah s.a.w.

Kawasan Raudhah
Kawasan Raudhah

Didalam kesesakan tersebut, saya dapat meloloskan diri untuk masuk kedalam Masjid Nabawi. Diketika itu tak sabar rasanya untuk melihat dan menziarahi makam Rasulullah s.a.w. yang tercinta. Saya mempercepatkan perjalanan namun sendi lutut sudah mulai terasa sengal. Saya memperlahankan perjalanan. Tiba-tiba kembali bertenaga apabila seorang wanita Indonesia menyapa dan terus menemani saya untuk sama-sama ke Raudhah (taman shurga). Tangan saya ditarik oleh wanita Indonesia tersebut untuk cepat sampai. Katanya dia juga tidak sabar untuk melihat sendiri makam Rasulullah s.a.w.

Sebaik sahaja sampai di Raudhah, saya tidak dapat menahan sebak didada dan air mata mengalir tanpa disedari. Ya ALLAH…. saya bersyukur kerana akhirnya sampai juga hajat untuk menziarahi makam Rasulullah s.a.w. Kawasan Raudhah boleh dikenali kerana tiangnya, walau pun berwarna putih tetapi berlainan dari tiang-tiang yang ada didalam Masjid Nabawi. Begitu juga dengan permaidani yang menutupi kawasan tersebut. Ia mempunyai warna yang berlainan daripada permaidani dibahagian-bahagian lain.

Makam Rasulullah s.a.w.
Makam Rasulullah s.a.w.

Di Raudhah, saya dapat melihat dengan jelas makam Rasulullah serta sahabat, mihrab dan mimbarnya. Oleh kerana kesuntukan masa, saya menghabiskan masa lebih kurang 1 jam di Raudhah dan juga dipersekitaran yang berbumbungkan payung gergasi. Untuk hari-hari berikutnya, saya bertekad untuk menziarahi makam Rasulullah s.a.w. dan juga menghabiskan banyak masa diwaktu paginya di Raudhah. Bagi jemaah wanita, Raudhah hanya dibuka bermula pada pukul 7.00 pagi sehingga 10.00 pagi dan disebelah petangnya pula bermula dari pukul 2.00 petang hingga 3.00 petang. Saya perlu menggunakan masa yang terhad itu dengan sebaik-baiknya.



sumber dari: rusnah.wordpress.com

Tempat Berteduh Rasul Di Madinah





Dahulu kala, sesudah Madinah dikuasai kaum muslim, rasulullah biasa melakukan perjalanan menuju Makkah. Biasanya, rasul juga biasa berteduh di sebuah pohon kayu di antara dua kota tersebut.

Assajaroh, begitu biasanya tempat itu disebut. Assajaroh yang berarti pohon kayu dalam bahasa Indonesia itu memang biasa menjadi tempat singgah Nabi saat melakukan perjalanan baik itu umroh atau peperangan dengan kaum Quraisy di Makkah.


Tapi itu ketika masih jaman nabi hidup. Ketika nabi sudah wafat maka wilayah yang biasa ditempati nabi untuk bersinggah itu dikuasai kaum yahudi. Sumur-sumur yang berada di tempat itu juga dimiliki seorang yahudi. Hingga akhirnya khalifah pada saat itu, Ali bin Abi Thalib membeli sumur tersebut untuk digunakan bagi kaum muslim yang ketika itu sedang mengalami kekeringan.

Karena sumur-sumur itulah kemudian nama itu berubah menjadi Birr Ali atau sumur Ali. Sekarang, tempat yang dulu dijadikan sebagai sumber pengairan pada masa Khulafaur Rasyidin, berubah sebagai tempat yang penuh dengan sejarah. Tempat itupun akhirnya disepakati oleh para ulama sebagai tempat awal menyatakan niat untuk melaksanakan umroh atau haji.

Sejumlah jamaah haji asal Indonesia juga banyak yang melakukan miqot (atau melaksanakan niat umroh atau haji dari arah Madinah) dari tempat ini. Birr Ali dijadikan tempat pijakan para jamaah untuk diharuskan mengganti pakaian menjadi pakaian ihrom.

Sambil mengucapkan kata-kata talbiyah, para jamaah kemudian biasanya digiring untuk memasuki bus-bus yang sudah siap menuju Makkah. "Dari tempat ini biasanya niat haji atau umroh dimulai,"

Kini, situasi Birr Ali tak ubahnya seperti terminal bus. Di mana para bus-bus yang membawa jamaah haji menuju Makkah berkumpul di tempat ini untuk dilakukan pemeriksaan paspor dan barang bawaan. Bismillah labbaik allahumma labbaik.....



sumber dari: suara-artama.blogspot.com

berbuka puasa di Masjid An-Nabawi



Deretan kosong untuk berbuka di kawasan lelaki


Kawasan kosong mulai dipenuhi manusia


sumber dari: drnurizah.wordpress.com

Khutbah Jumaat Dalam Bahasa Isyarat



Masjid Nabawi


SELAMA ini, jamaah OKU (Orang Kurang Upaya) di Madinah kerapkali merasa terpinggirkan mendengar khotbah Jumaat di Masjid Nabawi. Sebab, mereka tidak dapat memahami isi khotbah yang diberikan secara lisan. Menyngikapi hal ini, pengelola masjid membuat penyelesaian baru. Mereka akhirnya menyediakan penerjemah bahasa isyarat khusus untuk membuat Muslim OKU lebih khusyuk beribadah.

"Dulu OKU merasa tidak ada perlunya mendengar khotbah Jumaat, bahkan banyak akhirnya yang pulang kerana malas. Namun, kini mereka memiliki tempat khusus dalam masjid dan tidak lagi berbeda dengan jamaah lainnya," kata Khalid al-Thakir, seorang penerjemah bahasa isyarat.

Dilaporkan Al-Arabiya, fasiliti khusus OKU ini memang baru disediakan hanya di masjid tertentu saja, termausk Masjid Nabawi. Namun, kewujudannya membuat ramai OKU terbantu dan sangat tenang beribadah. Khusyuknya ibadah mereka dapat di lihat jelas. Sesuatu yang tidak sering ditemui pada jamaah normal yang dengar khotbah.


sumber dari: ibnuhasyim.com

Kubah Masjid An-Nabawi ada mayat?






Perasaan tak ada sesuatu(berdekatan dengan puncak) pada kubah Masjid Al-Nabawi ni?! Ada yang mengatakan ia adalah kubur orang yang ingin menghancurkan kubah ini pada sekitar 90 tahun dahulu. Ini di riwayatkan oleh Syeikh Al-Zubaidi.


Namun, ketika dia memanjat kubah untuk mulakan kemusnahan, tiba-tiba kilat memusnahkannya dan dia meninggal dunia di situ. Lantaran itu tidak ada seorang pun yang mampu mengalihkan mayatnya dari puncak kubah.

Beliau juga mengatakan bahawa orang yang soleh dari Madinah mendengar suara dalam mimpinya bahawa tidak ada sesiapapun yang dapat mengambil mayat dari puncak kubah itu dan bahawa ia harus dikebumikan di situ sebagai amaran dan peringatan bagi orang-orang yang mungkin cuba untuk menghancurkannya pada masa akan datang.


Akhirnya, mereka memutuskan untuk mengebumikannya tepat ada pada kubah dan menutupi tubuhnya dengan penutup hijau sehingga tidak akan terlihat oleh orang lain.

Betul atau tidak?!..
Wallahualam.. 



sumber dari: encikazuwan.blogspot.com

ziarah kak rusnah ke Masjid An-Nabawi





BERIBADAH DI MASJID NABAWI
(15 Februari 2001 – 18 Februari 2001)

Pada hari-hari berikutnya, saya dan suami banyak menghabiskan masa beribadah di Masjid Nabawi. Perubahan cuaca membuatkan saya mengalami sedikit panas badan namun tiada masalah untuk meneruskan aktiviti sembahyang berjemaah di Masjid Nabawi.

Tinggal beberapa hari sahaja lagi, saya dan suami akan meninggalkan Madinah dan menuju pula ke Makkah. Saya mengisi masa yang begitu terbatas dengan sebaik-baiknya.

Perlu diingatkan sewaktu pertama kali melangkah masuk ke Masjid Nabawi, perlulah kita mempelokkan adab-adab masuk ke Masjid dengan melakukan beberapa perkara.
Antaranya:-
  • Masuk ke dalam Masjid An-Nabawi (terutamnya pada kali pertama) sunat masuk melalui Bab As-Salam dan sunat berdoa
  • Mengerjakan solat sunat tahiyyat masjid dan berdoa
  • Menziarahi Maqam Baginda Rasulullah SAW dan sahabat
  • Menziarahi Maqam sahabat-sahabat baginda dan berdoa
  • Menziarahi tempat mula-mula turun wahyu dan berdoa. Jika keadaan tidak terlalu sibuk, elok kita mengerjakan solat sunat Taubat dan solat sunat Hajat
  • Ke Raudhah baginda Rasulullah dan mengerjakan solat sunat hajat dan berdoa. Sebaik-baiknya bersolat di Mihrab Rasulullah
  • Ziarah mimbar Baginda Rasulullah SAW
  • Ziarah ke Mihrab Saidina Osman dan Mihrab Salman
  • Ziarah sempadan Masjid An-Nabawi yang asal (Pada tahun 1990 di kepala tiangnya ada tulisan – had Masjid An-Nabawi – ditulis dengan warna hijau)
  • Setelah selesai menziarahi tempat-tempat tersebut, bolehlah kita duduk beriktikaf, sebaiknya beriktikaf didalam Raudhah.
Semasa menziarahi Maqam Baginda SAW janganlah kita berdoa dengan menadah tangan. Hal ini amat tidak disukai oleh sebahagian daripada pegawai-pegawai keselamatan yang bertugas menjaga Maqam. Dengan sebab itu bagi menjauhi daripada perkara yang tidak diingini eloklah kita berdoa tanpa menadah tangan.
Seperkara yang ingin dikongsikan bersama iaitu setiap kali sampai dipintu masjid, keadaannya begitu sesak dan padat. Seolah-olah tiada ruang kosong untuk mencelah masuk. Pernah sekali saya masuk dan meminta untuk duduk mencelah diantara jemaah namun tiada ruang yang diberikan. Saya akur dan meneruskan perjalanan masuk sehingga ke barisan paling hadapan. Masyaallah…. terkejut besar apabila mendapati kawasan ini agak begitu lapang dan boleh duduk dimana-mana sahaja.



Didalam kesibukan beribadah, saya sempat berehat sambil menikmati keindahan Masjid Nabawi. Sememangnya masjid ini begitu indah. Diketika itu terasa berat dihati untuk meninggalkan Madinah. Itulah nikmatnya berada di bumi Madinah, tenang dan damai. Semua kerja-kerja ibadah pun dapat dilakukan dengan sebaik-baiknya.

Ziarah wada’ ke Maqam Rasulullah S.A.W.

18hb. Februari 2001

Selepas solat zohor, saya dan suami balik semula ke hotel untuk mengemas barang-barang peribadi kedalam beg pakaian. Selepas waktu isya, saya dan suami melakukan ziarah wada’ (ziarah selamat perpisahan). Terasa begitu sayu. Air mata saya mengalir tanpa disedari. Saya pernah menitiskan air mata kegembiraan sewaktu mula-mula sampai dahulu dan kini sekali lagi saya menangis kerana kesedihan untuk perpisahan. Saya merenung sepuas-puasnya kubah hijau yang menempatkan jasad Rasulullah S.A.W. dibawahnya. Entah bila agaknya akan sampai kesini lagi…… begitulah kata hati saya.

masjid nabi

Kubah hijau - Masjid Nabawi



sumber dari: rusnah.wordpress.com

Madinah Al-Munawarah Suatu Masa Dahulu






sumber dari: darulmurtadza.com

Saturday 27 October 2012

Masjid An-Nabawi dikelilingi pembangunan pesat





sumber dari: takmirpenang.blogspot.com

mengimbau kenangan -Mekah



Sebaik bas meneruskan perjalanan, al-Ustaz menyatakan kira-kira 2 jam lagi akan sampai di hotel penginapan. Tak sabar pulak rasanya. Lagipun dah terasa penat dan puas perjalanan dalam bas. Apakah ada kenaikan lain dari Madinah ke Makkah ? ERL or monorail ...

Hampir memasukki Makkah. Al-Ustaz mengejutkan sambil memberikan beberapa penerangan serta berdoa dengan doa memasukki Makkah. Seperti biasa, kami menuruti bacaan doa beliau patah demi patah.

Daripada bas, sudah kelihatan jam menara yang tersergam dari jauh, menunjukkan di bawahnya adalah Masjidil haram. Cantik menghijau menerangi suasana malam. Melintasi Masjid Aisyah di Tanaim, membuatkan aku mengimbas kenangan lalu. Itulah miqat paling dekat bagi penduduk atau sesiapa yang tinggal di Makkah untuk mengerjakan umrah.

Semakin hampir kepada Masjidil haram, kami melewati salah satu pintu dalam perjalanan menuju ke hotel. Hatiku semakin tidak sabar. Tidak sabar untuk sampai hotel,lagipun perut sudah lapar. Tidak sabar sampai nak masuk bilik penginapan dan tidak sabar nak selesaikan umrah malam ini juga.


sumber dari: hassan1663.blogspot.com

zohor terakhir di Masjid An-Nabawi



Walaupun terasa agak panas, namun payung yang terbuka di sekitar Masjid Nabawi sedikit sebanyak dapat memberikan keteduhan kepada jemaah ketika menghampiri Masjid Nabawi.

Sebagaimana biasa, sebelum masuk zuhor, sempat aku mengaji. Nampaknya target untuk aku habiskan 80 muka surat al-Quran sehari sukar untuk dicapai. Banyak masa dihabiskan untuk ziarah dan tawaf kedai nampaknya. Lagipun macam aku kata tadi, masa di Madinah agak suntuk. Kecualilah skip ziarah dan shopping.

Jadi aku habiskan masa dengan mengaji sebelum masuk zuhor dan sementara menunggu solat setelah azan berkumandang. Aku teruskan hajat untuk khatam sekurang-kurangnya sekali sepanjang berada di tanah suci.


sumber dari: hassan1663.wordpress.com

favorite time di Raudhah





Raudhah at Masjid Nabawi

My favorite time di Raudhah adalah selepas subuh di bahagian wanita ... sebab amat tenang dan tak kelam kabut. Kita boleh berzikir dan membaca Al Quaran dengan tenang sementara menunggu waktu Syuruk ...

Raudhah ... Masjid Nabawi

Raudhah ... ramai jemaah yang telah ke sini amat merindui mu ...

Sunrise at Masjid Nabawi

Since dah masuk waktu Syuruk .. dah tentu terbit matahari kan ... so aku suka bermain main dengan cahaya ... mengambil gambar agar matahari dilindungi oleh tiang payung untuk create effect silhouette ...


sumber dari: ghazaaz.blogspot.com

persekitaran Mekah -Haji Razali




Seorang sahabat penulis, Tuan Haji Razali telah menjadi tetamu Allah SWT di Mekah dan Madinah, melakukan haji dan umrah bersama isteri tercinta.

Beliau berkongsi bersama penulis beberapa gambar menarik yang sempat beliau ambil ketika berada di Tanah Suci. Penulis merasakan gambar-gambar ini dapat memberikan sedikit sebanyak gambaran terutamanya kepada pembaca-pembaca yang belum pernah menjejakkan kaki ke tanah suci sebelum ini.

Mekah - Tanah lapang
Tempat jemaah negara miskin mendirikan khemah atau membentang tikar untuk tidur

1) Tanah kosong yang dahulunya didirikan hotel-hotel lama. Dihamparkan tanah oleh penguasa buat sementara semasa musim Haji. Pada waktu malam jemaah dari negara-negara miskin akan memasang khemah atau menghampar tikar untuk tidur sementara menanti waktu siang

Kaabah
Kaabah di waktu puncak

2) Kaabah pada waktu puncak kebiasaanya selepas setiap solat fardu

Lagi gambar Kaabah di waktu puncak

3) Gambar Kaabah ketika waktu puncak dari satu sudut yang lain

Kaabah pada waktu puncak

4) Lagi gambar Kaabah pada waktu puncak. Lautan manusia memenuhi dataran Masjidil Haram samaada untuk bertawaf atau bersolat

Menara Zam-Zam dalam pembinaan

5) Masjidil Haram pada waktu pagi. Di bahagian belakang gambar terdapat kren-kren tinggi untuk projek pembangunan berhampiran Masjidil Haram. Struktur yang paling tinggi adalah Menara Zam-Zam (Zam-Zam Tower). Bila siap kelak akan ada 5 menara kesemuanya

Tempat Rasulullah memeterai Perjanjian Hudaibiyah

6) Ingat Perjanjian Hudaibiah? Ini adalah tempat di mana Rasulullah s.a.w menandatangani perjanjian pertama dengan pihak Jahiliyyah

Bersurai
Pemandangan sejurus selepas musim haji

7) Gambar selepas musim haji di mana jemaah kebanyakkannya sudah berangkat samaada ke Madinah ataupun pulang ke kampung halaman

Malam
Pemandangan waktu malam di Masjidil Haram

8. Masjidil Haram pada waktu malam (selepas maghrib)

Tenang
Suasana malam yang tenang

9) Lagi pemandangan di waktu malam

Setia
Masih setia beribadat

10) Malam menyapa tetapi masih ramai yang setia beribadat

Saie
Saie antara Safa dan Marwah

11) Tempat bersaie di antara bukit Safa dan bukit Marwah



sumber dari: mozaman75.wordpress.com