Allah SWT menegaskan dalam firman-Nya, Katakanlah (Muhammad),
‘Seandainya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai (penulisan) kalimat-kalimat Tuhanku,
meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)
(Al-Kahfi:109).

Monday 29 October 2012

lampu merah tanda jalan?



Saudi road with car and camel



Saya tidak tahu tentang cara memandu manusia di tempat lain kecuali di Malaysia dan di Saudi. Setelah lebih sebulan saya hidup di sini, barulah saya mengerti serba sedikit bagaimana manusia di sini memegang kereta.


Kebanyakan orang Arab di sini terdiri dari mereka yang berharta dan kaya-raya. Soal membeli kereta bukan perkara yang susah, mereka dengan sewenang boleh membeli kerta yang besar-besar dan berkuasa tinggi. Sebut sahaja jenama apa terutama jenama kereta Amerika dan kereta pacuan 4 roda pasti bertimbun melata di jalanraya. Kalau Toyota Camry di Malaysia di anggap kereta yang gah dipecut di jalan, namun di sini Toyota Camry itu semacam bersepahnya Kancil di Malaysia.

Di Malaysia, sesiapa pun akan berasa kurang selesa jika ada kenderaan yang tidak berada di dalam lane yang sepatutnya. Tapi di sini, bukan kata lane, malah garisan untuk membahagikan jalanraya juga tidak ada!!! Namun, bukan semua jalan begitu. Ada jalan yang bergaris, terutama di sepanjang lebuhraya tapi bukan digarisi dengan cat putih atau kuning tapi di garisan jalan diletakkan sejenis besi berbentuk suku sfera berwarna kelabu yang dipasak ke dalam tar jalan. Ketul-ketul besi inilah yang menjadi pemisah antara lane kiri, kanan dan tengah. Tapi sekuat mana pun ketul-ketul ini, ia tidak akan dapat mematikan semangat para pemandu di sini untuk memakan jalan orang lain. Maka jika jalan itu sepatutnya ada 3 lane akan beranak menjadi 4 atau 5 lane.

Hal yang pelik juga berlaku di bulatan. Jika kita ingat kembali pelajaran ketika di sekolah memandu, kenderaan yang berada di dalam bulatan akan terus menerus berjalan dan mereka yang berada di persimpangan akan berhenti memberi laluan kepada mereka yang dari bulatan. Namun di sini, kereta yang berada di dalam bulatan akan berhenti memberi laluan kepada mereka yang di persimpangan. Jika tidak, kereta mereka mungkin akan dicium oleh kereta dari simpang!

Begitu juga attitude di lampu isyarat. Lampu hijau bererti jalan. Lampu merah bermakna berhenti. Tapi lampu kuning bermakna pecut kenderaan anda semampu boleh. Ya, jika di Malaysia memang ada kereta begini. Tapi setakat 2-3 kereta yang mampu menjuarai lampu kuning itu, namun di sini 5-6 kereta akan memecut laju ketika lampu kuning dan 2-3 kereta turut akan menekan minyak semahu mungkin ketika lampu bertukar merah!!

2 malam kelmarin, suami mahu membeli kitab yang di pesan oleh sahabat mak keramat. Ketika itu baru jam 10.30 malam, kereta di jalan penuh seakan semut-semut beratur untuk mencari makanan. Kereta yang dinaiki kami berada di kanan jalan (tempat pemandu di belah kiri). Di depan ada traffic light dan ada simpang di sebelah kanan. Secara tiba-tiba sebuah kereta berwarna putih naik ke atas pembahagi jalan dan memotong deretan kenderaan lain untuk pergi ke simpang kanan. Dan pemandu berhidung mancung berpakaian putih yang memakai syemagh (kain berwarna merah putih yang sering dipakai menyelimuti kepala) tersenyum lebar memandang kami sambil memegang kayu siwak di tangan kanannya semasa naik ke pembahagi jalan itu. Alangkah bahagianya pemandu itu..

Syemagh warna merah
Syemagh warna merah

Maka kesimpulannya, saya bersyukur kerana tidak dibenarkan memandu di sini…
p/s; walaupun attitude sebahagian arab tidak begitu bersih dan cermat serta sopan ketika memandu, namun saya kagum dengan bangsa ini yang bersifat murah hati dan ultra dermawan yang jarang dilihat di tempat lain.



sumber dari: drnurizah.wordpress.com

No comments:

Post a Comment