Assalammualaikum wbt kepada pembaca yang
dirahmati Allah,
Abraj Al-Bait Towers juga dikenali sebagai
‘Makkah Clock Royal Tower’ (Menara Jam Diraja Mekah) adalah sebuah kompleks
utama di Kota Suci Makkah, Arab Saudi. Tapak kompleks ‘Abraj Al-Bait Towers’ ini
mengandungi bangunan kediaman dan kompleks hotel yang terdiri daripada 7 menara
gergasi terletak di seberang jalan ke selatan dari pintu masuk ke Masjidil Haram
(Haram al-Sharif) yang menempatkan Kaabah.
Projek ini bertujuan untuk menjadikan masa
Makkah sebagai salah satu masa yang utama di dunia dalam menghadapi saingan masa
Greenwich, yang akan dihubungkan dengan pusat-pusat Jam Masa terbesar dan utama
dunia seperti di London, Paris dan New York dan Tokyo.
‘Makkah Clock Royal Tower’ yang enam kali lebih
besar daripada Menara jam Big Ben yang terkenal di London, turut mempunyai
balkoni untuk pelawat di bawah setiap jam. Jam Mekah ini disasarkan akan menjadi
‘Pusat Masa Makkah’ iaitu pangkalan Coordinated Universal Time “T-U-C” dan
penunjuk jam terkemuka dunia.
Bersejarah
Binaan bersejarah yang dimulakan dan
dibangunkan sejak pemerintahan Uthmaniyyah telah terpaksa dirobohkan bagi
merealisasikan projek ini dan bagi menampung para jemaah yang mengunjungi
Kaabah. Kompleks hotel yang mengandungi 3,000 bilik dan pangsapuri dapat
membantu menyediakan sebahagian tempat tinggal bagi lebih lima juta jemaah haji
setiap tahun.
Menara utama dan tertinggi di kompleks ini
turut mengandungi Hotel tujuh bintang, Muzium Islam dan Balai Cerap Astronomi
untuk tujuan saintifik dan juga kegunaan untuk melihat anak bulan pada
bulan-bulan mulia.
Rekod Dunia
Bangunan ‘Abraj Al-Bait Towers’ yang merupakan
mercu tanda terbaru turut memegang dan memecahkan beberapa rekod dalam dunia
pembinaan, termasuk:
-
Menara jam tertinggi di dunia
-
Enjin Jam terbesar pernah dibina
-
Paparan muka jam terbesar di dunia
-
Binaan bulan sabit terbesar di dunia
-
Hotel tertinggi dan terbesar di dunia
-
Ruangan bangunan bertingkat terbesar di dunia
-
Kawasan tingkat bawah bangunan terbesar di dunia
-
Bangunan kedua tertinggi di dunia selepas ‘Khalifa Dubai Burj’
- Kompleks bangunan paling suci dan masjid terbesar di dunia
sumber dari: waazin.blogspot.com
No comments:
Post a Comment