Mekah merupakan tanah suci
bagi umat Islam di mana berdirinya sebuah struktur hebat iaitu Kaabah yang
menjadi tidak, lambang dan panduan qiblat untuk semua umat Islam di seluruh
dunia. Berikut adalah 15 perkara tentang Kaabah dari sudut sains yang tidak
diketahui ramai.
1. Mekah adalah kawasan
yang mempunyai graviti paling stabil.
2. Tekanan gravitinya
tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh
didengar oleh telinga.
3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.
4. graviti tinggi =
elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.
5. Apa yang diniatkan di
hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya.
Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat
untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan
diri sepenuhnya kepada Allah.
6. Gelombang radio tidak
boleh mengesan kedudukan Kaabah.
7. Malah teknologi satelit
pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak
mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti
yang tinggi.
8. Tempat yang paling
tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di
bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam
walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.
9. Kaabah bukan sekadar
bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ
pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling
dirahmati.
10. Tidur dengan posisi
menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif
hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.
11. Pergerakan mengelilingi
Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam
semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah
tentukan hukumnya begitu.
12. Peredaran darah atau
apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi
Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat
dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di
Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.
13. Manakala bilangan tujuh
itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa
maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan
sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.
14. Larangan memakai topi,
songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat
antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah.
Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai
manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan
nur atau cahaya yang baru.
15. Selepas selesai semua
itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada
pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan
antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik
saja akan diterima oleh tubuh.
- artikel asal:
zaidimokhtar.com
No comments:
Post a Comment