Allah SWT menegaskan dalam firman-Nya, Katakanlah (Muhammad),
‘Seandainya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai (penulisan) kalimat-kalimat Tuhanku,
meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)
(Al-Kahfi:109).

Sunday 4 August 2013

Zakat emas dan perak





Ulama’ bersepakat bahawa Emas dan Perak wajib di kenakan zakat. Bagi Imam Malik, Imam Hanafi, Imam Syafi’e serta Imam Hanbali berpendapat bahawa nisab bagi zakat Emas bersamaan dengan 20 mithqal (85 gram) manakala nisab bagi Perak pula adalah bersamaan dengan 200 dirham (595 gram).
Hawl bagi kedua-dua barang-barang perhiasan terbabit adalah setahun.

Kadar kenaan zakat adalah 2.5 %

Bagi Emas, terdapat 2 perkiraan pengenaan zakat iaitu Emas yang disimpan dan Emas yang di pakai. Bagi Emas yang disimpan, nisabnya adalah 85 gram manakala Emas yang di pakai adalah tertakluk kadar berat pemakaian emas setempat oleh kaum wanita Islam.Nisab emas pakai pula ialah 850Gram, selebihnya barulah dikenakan zakat.

Semua orang Islam yang menyimpan emas dan perak dalam bentuk perhiasan atau sebagainya melebihi nisab dan uruf setempat serta mencukupi satu tahun simpanan.


sumber dari: umarfarouq.blogspot.com

No comments:

Post a Comment