Allah SWT menegaskan dalam firman-Nya, Katakanlah (Muhammad),
‘Seandainya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai (penulisan) kalimat-kalimat Tuhanku,
meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)
(Al-Kahfi:109).

Wednesday 28 August 2013

peristiwa “Perubahan Qiblat”1431H






Sidang Jumaat yang dimulaikan Allah,
Saya berpesan kepada diri saya dan tuan-tuan sekelian agar kita sentiasa meningkatkan ketaqwaan kepada Allah kerana sesungguhnya ia merupakan anak kunci untuk mencapai keredhaan Allah di dunia dan akhirat.
Sesungguhnya Para Sahabat Nabi s.a.w  sering menceritakan kesah dan peristiwa yang berlaku kepada Baginda s.a.w sebagaimana mereka menyuruh anak mereka menghafal Al-Quran. Kesan daripada usaha murni ini lahir generasi yang cintakan dan sayangkan baginda s.a.w dengan sebenar-benarnya. Mereka cintakan nabi s.a.w  bukan sekadar menyanjungnya di dalam hati tetapi diterjemahkan melalui tindakan dan perlakuan mentaati perintah dan suruhan baginda s.a.w dalam realiti kehidupan.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Ayat yang saya bacakan dipermulaan khutbah tadi bermaksud:

142. orang-orang bodoh (yang kurang akal pertimbangannya) akan berkata: “Apa sebabnya Yang menjadikan orang-orang Islam berpaling dari kiblat Yang mereka mengadapnya selama ini?” Katakanlah (Wahai Muhammad): “Timur dan barat adalah kepunyaan Allah – (maka ke pihak mana sahaja kita diarahkan Allah mengadapnya, wajiblah kita mematuhiNya); Allah Yang memberikan petunjuk hidayahNya kepada sesiapa Yang dikehendakiNya ke jalan Yang lurus”.

143. dan Demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan Yang lurus), Kami jadikan kamu (Wahai umat Muhammad) satu umat Yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang Yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang Yang benar dan Yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang Yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (Sebenarnya kiblat kamu ialah Kaabah) dan tiadalah Kami jadikan kiblat Yang Engkau mengadapnya dahulu itu (Wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah Yang benar-benar mengikut Rasul serta membenarkannya dan siapa pula Yang berpaling tadah (berbalik kepada kekufurannya) dan Sesungguhnya (soal peralihan arah kiblat) itu adalah amat berat (untuk diterima) kecuali kepada orang-orang Yang telah diberikan Allah petunjuk hidayah dan Allah tidak akan menghilangkan (bukti) iman kamu. Sesungguhnya Allah amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya kepada orang-orang (yang beriman).
144. Kerap kali Kami melihat Engkau (Wahai Muhammad), berulang-ulang menengadah ke langit, maka Kami benarkan Engkau berpaling mengadap kiblat Yang Engkau sukai. oleh itu palingkanlah mukamu ke arah Masjid Al-Haraam (tempat letaknya Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya. dan Sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) Yang telah diberikan kitab, mereka mengetahui Bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah Yang benar dari Tuhan mereka; dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa Yang mereka lakukan. (surah al-baqarah).
Ayat ini adalah menceritakan satu peristiwa besar yang berlaku kepada nabi s.a.w dan para sahabat baginda s.a.w  di dalam bulan syaaban tahun 2 hijrah iaitu peristiwa pertukaran kiblat dari masjidil aqsa di Palestin ke masjidil haram di mekah almukarramah.

Sesungguhnya peristiwa ini mengandungi beberapa noktah penting yang sepatutnya di fahami oleh kita umat Islam antaranya:-
1)    Membongkar Pembohongan Ahli Kitab yang mendakwa mereka mentaati perintah Allah dan Para utusan Ilahi.
2)    Hubungan Ajaran Ar Rasul s.a.w dengan Abu Anbiya’ iaitu Nabi Ibrahim yang merupakan asal keturunan Ahli Kitab khususnya orang-orang Yahudi.
3)    Al-Quran dan As-sunnah adalah rujukan utama sepanjang zaman bagi ummat Islam berhadapan dengan pelbagai isu dan permasalahan.
4)    Ummat Islam sebagai ummat Pilihahn Ilahi perlu mempunyai identiti dan jatidiri tersendiri berbanding dengan golongan Ahli Kitab yang menyeleweng dari kebenaran.
5)    Masjidil Haram dan Masjidil aqsa adalah tanah suci ummat Islam yang mesti dipelihara kemuliaan dan kesuciaannya.


sumber dari: bahterapenyelamat.wordpress.com

No comments:

Post a Comment