Allah SWT menegaskan dalam firman-Nya, Katakanlah (Muhammad),
‘Seandainya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai (penulisan) kalimat-kalimat Tuhanku,
meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)
(Al-Kahfi:109).

Thursday 15 November 2012

Peristiwa Isra' dan Mi'raj





27 Rejab: Peristiwa Isra' dan Mi'raj

Pada malam 27 Rejab tahun yang ke 11 selepas perlantikan Nabi Muhammad sallallahu'alaihiwasallam sebagai Rasul berlaku peristiwa yang bersejarah dalam Islam iaitu Isra' dan Mi'raj. Ketika itu, Rasulullah berada dalam kesedihan di atas kematian dua individu yang banyak membantunya dalam menegakkan Islam iaitu bapa saudaranya Abu Talib dan Isterinya Saiyidatina Khadijah (r.ha). Pada masa yang sama, umat Islam berada dalam tekanan dan pemulauan kaum kafir Quraisy. Pada saat kegundahan itulah Rasulullah SAW diperintahkan oleh Allah Ta'ala untuk menjalani Isra' dan Mi'raj dari Masjidil Haram di Mekkah ke Baitul Maqdis di Palestin, kemudian naik ke langit yang tujuh hingga ke Sidratul Muntaha dalam tempoh hanya satu malam sahaja.

Allah Subhanahuwata'ala telah mengabadikan peristiwa ini di dalam Quran dengan firmanNya dalam surah Al-Isra' ayat 1 yang bermaksud: "Mahasuci Dia (Tuhan) yang memperjalankan hambaNya suatu malam dari Masjidil Haram (di Mekkah) ke Masjidil Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya pertanda-pertanda Kami. Bahawa Dia Maha Mendengar dan Maha Melihat."

Peringatan Isra' dan Mi'raj akan selalu membukakan kenangan di Tanah Palestin, tempat yang menjadi tujuan Isra' Rasulullah SAW dari Mekkah serta menjadi titik tolak Mi'raj ke Sidratul Muntaha. Dengan kata lain, setiap kali kita mengulangi kisah Isra' dan Mi'raj, pasti ingatan kita tidak akan dapat dipisahkan dengan Palestin.

Palestin tempat yang disucikan, tempat Rasulullah mengimamkan solat bersama para anbiya', tempat yang penuh dengan kesan-kesan sejarah suci umat Islam dan pernah menjadi kiblat pertama kaum muslimin seluruh dunia, kini berada dalam cengkaman negara Yahudi Israel. Ia didirikan di Palestin dengan rancangan konspirasi negara-negara Barat dan USA. Kini, ketika kaum muslimin sedunia kembali memperingati peristiwa Isra' dan Mi'raj, kita dapati suasana yang mengerikan sedang berlaku di bumi Palestin dan Lubnan. Beratus-ratus nyawa telah terkorban, beribu-ribu orang tercedera, rumah runtuh dan hancur dibom, kanak-kanak menangis di atas kematian ibubapa mereka, ratusan ribu menjadi pelarian dan seumpamanya yang berlaku kerana kekejaman Yahudi di bumi Isra' iaitu Palestin.

Pada saat kaum muslimin mengagumi peristiwa Isra' dan Mi'raj, sejarah Palestin tidak boleh dilupakan dan dipisahkan dari peristiwa tersebut kerana ia adalah milik seluruh kaum muslimin. Konflik Israel-Palestin adalah konflik yang terpanjang di dunia yang belum selesai. Yahudi akan terus memusuhi Islam dan tidak akan berhenti memerangi kaum muslimin sehinggalah kaum muslimin mengikut telunjuk mereka dan menjadi kafir.


sumber dari: amanpalestin.net

No comments:

Post a Comment