Allah SWT menegaskan dalam firman-Nya, Katakanlah (Muhammad),
‘Seandainya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai (penulisan) kalimat-kalimat Tuhanku,
meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)
(Al-Kahfi:109).

Thursday 1 November 2012

Imam Hanafi -wikipedia



Cendekiawan Islam
Zaman Kegemilangan Islam
Nama:Muhammad Nukman bin Thabit
Gelaran:Imam segala Imam
Lahir:699
Wafat:767
Etnik:Parsi
Rantau:Iraq
Bidang:Fiqah, Hadis
Idea utama:Mazhab Hanafi
Karya:Kitab al-Athar, Fiqah al-Akbar
Pengaruh:Imam Syafie, Abu Yusuf
Diilhami:Jaafar al-Saddiq, Alqama ibni Qays, Qatada ibni al-Nu'man



Abu Hanifah (ابو حنيفه) atau nama sebenar beliau Nukman bin Thabit (نعمان ن ثابت) dilahirkan pada 80 Hijrah bersamaan 699 Masihi dalam sebuah kampung bernama Anbar di Kufah, Iraq ketika zaman pemerintahan Khalifah Abdul Malik bin Marwan.

Beliau berasal dari keturunan Parsi dan merupakan ulama terkenal Islam yang mengasaskan Mazhab Hanafi. Gelaran beliau sebagai “Abu Hanifah” diambil kerana beliau sentiasa membawa dakwat ke mana sahaja beliau pergi untuk mencatat ilmu yang dicari. Beliau juga mendapat gelaran Abu Hanifah kerana mempunyai seorang anak bernama Hanifah dan Hanifah juga bermaksud cenderung agama.

Beliau terkenal dengan sifatnya yang suka menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan bantuannya dan rajin berusaha serta mempunyai cita-cita yang tinggi dalam hidupnya. Beliau juga sangat menghormati guru-gurunya sehinggakan sering memberi hadiah kepada guru-gurunya dan guru-guru yang mengajar anaknya. Beliau pernah dipujuk oleh khalifah untuk memegang jawatan dalam kerajaan tetapi ditolaknya kerana bimbang dirinya dipergunakan oleh khalifah.

Beliau meninggal dunia pada 150 Hijrah bersamaan 767 Masihi di penjara ketika berusia 70 tahun dan dikebumikan di Baghdad. Mazhab beliau tersebar di negara-negara Islam dan berpengaruh di Iraq. Selain itu, mazhab ini juga merupakan mazhab rasmi kerajaan Uthmaniyah serta jajahan takluknya seperti Mesir, Lubnan, dan Syria.


sumber dari: ms.wikipedia.org

No comments:

Post a Comment