Allah SWT menegaskan dalam firman-Nya, Katakanlah (Muhammad),
‘Seandainya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai (penulisan) kalimat-kalimat Tuhanku,
meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)
(Al-Kahfi:109).

Friday, 17 May 2013

kelebihan Kota Mekah






Alhamdulillah acara ibadat haji dan musim haji telah bermula dengan masuknya Syawal dan para jemaah sibuk dengan persiapan terakhir sebelum berangkat menuju ke rumah Allah.

Untuk isu kali ini, penulis diamanahkan untuk membincangkan tentang kelebihan Mekah. Bagi memahami isu ini, penulis membincangkan melalui beberapa noktah agar mudah difahami.

Nama :-

Kota Mekah mempunyai banyak nama. Ini menandakan lebihnya Kota Mekah terutamanya apabila gelaran yang melambangkan kebaikan dan kehebatan diberikan kepadanya.
Mekah ertinya membinasakan atau mengurangkan. Dinamakan Mekah kepada Tanah Haram Mekah seluruhnya, kerana Mekah mengurang dan menghapuskan dosa orang yang datang kepadanya atau membinasakan orang yang melakukan kezaliman di Mekah atau kerana Mekah menghapuskan pemerintah yang zalim dan menundukkan kesombongan mereka.
Seperkara lagi nama kota ini dirakamkan dalam nas al-Quran dan hadis dan sudah pasti ia akan diabadikan di sepanjang zaman kehidupan manusia.

Sejarah :-

Kota Mekah mempunyai sejarah yang cukup istimewa, antaranya ia merupakan sejarah rumah Allah yang pertama didirikan untuk manusia. Sejarah kehidupan Hajar dan Ismail sebagai manusia yang membuat pembaharuan semula bagi Kota Mekah amatlah unik. Seterusnya catatan kehebatan Mekah berlangsung daripada generasi terdahulu hingga kini.

Karamah :-
 
Penulis maksudkan dengan kemuliaan yang Allah wujudkan pada Kota Mekah, sama ada dinaskan dalam al-Quran dan hadis. Hal ini jelas dengan rakaman firman Allah SWT berkenaan Ashabul Fil. 
(rujuk al-Fil: 1-5)

Tawaran pahala.

 Terlalu banyak tawaran pahalanya dan digandakan berbanding tempat lain. Ini terbukti dengan banyak nas seperti solat di Masjidil Haram di beri ganjaran 100,000 berbanding masjid lain. Begitu juga dengan pahala tawaf, umrah, hatta melihat Kaabah.

Oleh itu, semestinya jemaah haji tidak melepaskan peluang melakukan ibadat dengan sebaik mungkin dan sebanyak mungkin.

Keistimewaan Mekah

Telaga Zam Zam di mana airnya adalah antara yang terberkat di muka bumi. Mempunyai pelbagai kelebihan dan mengikut niat seseorang yang meminumnya akan diberikan dengan izin Allah. Hal ini dinaskan dalam hadis. Wujudnya tempat-tempat yang ada nilai berbanding dengan yang lain seperti Makam Ibrahim, Hijr Ismail, Hajar Aswad, Multazam dan lain-lain.

Mekah sebagai Tanah Haram. 

Dalam sebuah riwayat Muslim, menyebut Rasulullah SAW bersabda: Daripada Ibnu Abbas RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda pada hari pembukaan Kota Mekah: Sesungguhnya Negeri Mekah ini dijadikan Allah SWT sebagai Tanah Haram ketika Dia menciptakan langit dan bumi. Mekah ialah tanah haram dengan pengharaman daripada Allah sehingga ke hari kiamat. Tidak dibenarkan berperang di Mekah kepada sesiapa pun sebelumku, dan tidak dibenarkan kepadaku kecuali beberapa masa sahaja (pada hari pembukaan Kota Mekah tahun ke 8 Hijrah).

Mekah ialah Tanah Haram dengan pengharaman daripada Allah sehingga ke hari kiamat. Tidak boleh memotong pohon, tidak boleh menangkap binatang pemburuan (yang hidup bebas), tidak boleh mengambil barangan yang tercicir kecuali mereka yang mahu mengumumkannya kepada orang ramai dan tidak boleh mengerat rumput di Mekah. Kata al-Abbas( bapa saudara Rasulullah): “Kecuali Izkhir (sejenis tumbuhan yang harum baunya) untuk dibuat bahan bakar kepada tukang besi dan dibuat atap rumah. Jawab Rasulullah SAW: “Kecuali Izkhir.

Tidak dimasuki Dajjal. 

Hal ini berdasarkan hadis dalam Sahih Bukhari Rasulullah SAW bersabda: Semua negeri akan dimasuki oleh Dajjal kecuali Mekah dan Madinah, semua jalan masuk dikawal oleh para malaikat yang berbaris-baris, kemudian Madinah akan bergoncang sebanyak tiga kali. Dan Allah SWT akan mengeluarkan semua orang kafir dan munafik darinya.

Mendapat keamanan. 

Ini kerana telah diisytiharkan Allah SWT. Al-Maghari berkata seluruh bangsa Arab sepakat untuk menghormati dan memuliakan Baitullah ini. Sesiapa yang masuk ke dalamnya pasti berasa aman daripada gangguan penganiayaan orang lain, pembunuhan atau pelanggaran kehormatannya, selama mereka berada di dalamnya. Amalan kebiasaan ini telah berjalan sejak zaman jahiliah.

Melakukan ibadah sunat sepanjang masa. 

Walaupun ia tidak disepakati oleh para ulama tetapi mengikut mazhab Syafie dan Hambali ia boleh dilakukan solat sunat dan tawaf pada bila-bila masa. Tetapi mengikut mazhab Hanafi dan Malik hukum Mekah sama seperti tempat lain tanpa bezanya ini berdasarkan kepada perbuatan Saidina Umar.

Kaabah. 

Ia adalah Baitullullah al-Haram dan kiblat umat Islam. Berkenaan dengan kelebihannya tiada syaknya lagi berdasarkan nas al-Quran yang bermaksud:Sesungguhnya rumah yang mula-mula dibangunkan untuk manusia ialah Baitullah sebagai tempat ibadat yang berada di Bakkah (Mekah) yang diberkati dan menjadi petunjuk bagi semua manusia.

Penulis suka menyatakan bahawa Allah SWT menjadikan hati-hati manusia merinduinya dan mewajibkan ke atas hamba-hambanya yang mampu agar mengunjunginya dengan dijanjikan pahala yang berganda-ganda, juga memberi amaran daripada melakukan kejahatan ketika berada di dalamnya.

Allah SWT telah menyebutnya dalam al-Quran, Rasulullah SAW seringkali menyebutnya dalam hadis serta para ulama dan ahli sejarah telah banyak menulis mengenai sejarah Mekah yang tua ini. Amin.

Artikel Oleh :
DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI 

Ahli Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji (TH-JAKIM)




sumber dari: myberita.com

Mekah disebut dalam Injil dan Taurat




Mekah adalah kota paling suci bagi umat Islam selain Baitul Maqdis di Palestin dan Madinah al-Munawarah. Mekah  merupakan kota kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad saw. Di sini juga Rasulullah saw menerima wahyu dan seterusnya dilantik sebagai nabi dan rasul kepada seluruh makhluk termasuk umat manusia dan golongan jin.

Di kota suci ini berdirinya tempat ibadat yang paling kerap dikunjungi di dunia iaitu Kaabah. Kaabah adalah binaan berbentuk segi empat yang menjadi kiblat umat Islam. Kaabah adalah binaan tertua yang digunakan untuk tujuan beribadat kepada Allah swt sehingga ia digelar dengan gelaran Baitul Attiq yang membawa maksud Rumah Tertua.

Kemudian hendaklah mereka membersihkan dirinya dan hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazarnya, dan hendaklah mereka tawaf akan Baitullah (Kaabah) yang tua sejarahnya itu.
(Surah al-Haj ayat 29)

Samaada Mekah dan Kaabah, kedua-dua ini adalah saksi bisu kepada kepayahan dan kesukaran Rasulullah saw berdakwah di tengah-tengah masyarakatnya yang mengamalkan ajaran paganisme atau penyembahan berhala. Rasulullah saw sendiri sehingga satu ketika pernah diusir daripada Mekah dan berhijrah ke Madinah. Namun, akhirnya baginda kembali ke Mekah sebagai seorang pemenang.

Merujuk kepada persoalan utama kita, adakah Mekah dan Kaabah disebut dalam kitab Taurat dan Injil? Adakah pembaca di luar sana pernah terfikir dengan persoalan ini?

Mekah adalah Paran dalam kitab Taurat?

Dalam Taurat dan Injil, secara jelas terdapat ayat yang menyebut tentang ‘Paran’.

‘The LORD came from Sinai and dawned over them from Seir; he shone forth from Mount Paran. He came with myriads of holy ones from the south, from his mountain slopes.’ 
(Deuteronomy 33:2)
Ayat ini juga bermaksud,

“Tuhan datang daripada Sinai dan muncul bersinar daripada Seir, Dia nampak bergitu jelas di Gunung Paran. DIA datang dengan berjuta-juta kesucian daripada selatan, daripada kecerunan gunung.

Melalui ayat di atas, Sinai adalah nama pergunungan di mana Nabi Musa as menerima Taurat dan berbicara dengan Allah swt. Seir pula adalah nama bagi pergunungan di Baitul Maqdis yang menjadi perbatasan antara Kanaan(Palestin) dan Mesir. Manakala ayat terakhir menyebut tentang Gunung Paran. Gunung Paran adalah  gunung-gunung yang terdapat di Kota Mekah.






Secara harfiahnya, ayat di atas menunjukkan Tuhan telah bersumpah demi ketiga-tiga tempat ini sebagai saksi kepada bangkitnya tiga orang Rasul agung yang membawa ajaran agama langit. Sinai merujuk terus kepada Nabi Musa as, Seir pula merujuk kepada Nabi Isa as manakala Gunung Paran merujuk kepada bangkitnya Rasul terakhir, Nabi Muhammad saw. Ketiga-tiga Rasul ini membawa ajaran tauhid iaitu Yahudi, Nasrani dan Islam.

Ayat 2 dalam bab Deutronomy ini selari dan sangat bersesuaian dengan firman Allah swt dalam surah Tiin ayat 1-3,

Demi (buah) Tin  dan (buah) Zaitun, dan demi bukit Sinai, dan demi kota (Mekah) ini yang aman,
(Surah Tiin ayat 1-3)

Merujuk kepada tafsir Ibnu Kathir Jilid 9 mukasurat 642-643, ayat permulaan Surah Tiin, menunjukkan Allah swt bersumpah demi Buah Tiin dan Zaitun, bukit Sinai dan kota Mekah. Allah swt bersumpah kerana kesucian daripada ketiga-tiga tempat tersebut kerana ketiga-tiga tempat tersebut Allah utuskan seorang Nabi sekaligus Rasul daripada kalangan umat mereka untuk menyebarkan tiga agama besar iaitu Nasrani, Yahudi dan Islam.

Dalam ayat pertama, Allah swt menyebut dengan terang berkenaan buah Tiin dan Zaitun. Ulama bersepakat bahawa ia merujuk kepada kota Baitul Maqdis kerana banyaknya buah Tiin dan Zaitun tumbuh subur di wilayah tersebut. Sehingga ke hari ini, buah Tiin dan buah Zaitun menjadi salah satu sumber pendapat penduduk di sana. Kota Baitul Maqdis adalah tempat lahirnya Nabi Isa as yang kemudian dilantik membawa ajaran Nasrani.

Dalam ayat kedua, Allah swt menyebut Bukit Sinai dengan jelas. Ia sebenarnya menunjukkan Allah swt merujuk kepada keberkatan Bukit Sinai di mana Nabi Musa as diberikan kitab Taurat dan Allah swt berbicara dengan baginda. Daripada peristiwa itu Nabi Musa digelar Kalamullah yang bermaksud pembicaraan Allah.

Dalam ayat ketiga surah Tiin, Allah bersumpah ‘demi kota yang aman’. Kota yang aman adalah kota Mekah. Ia bersesuaian dengan  sebahagian ayat dalam surah Ali Imran ayat 97, Padanya terdapat tanda-tanda yang nyata, (di antaranya) maqam Ibrahim, barangsiapa memasukinya (Baitullah itu) menjadi amanlah dia;

‘Lembah Baca’ adalah Mekah?disebut dalam Taurat dan al-Quran?

Selain daripada Paran yang dikaitkan dengan Mekah al-Mukarramah, satu lagi nama yang selari faktanya dengan satu ayat dalam al-Quran. Ia adalah lembah Baca atau Bakkah. Dalam Taurat, dalam Psalms ayat 5 – 6 ada disebut mengenai Lembah Bakkah tersebut,

“Blessed is the man whose strength is in thee; in whose heart are the ways of them.  Who passing through the Valley of Baca make it a well; the rain also filleth the pools.”
(Psalms 84:5-6)

Sungguh menakjubkan, dalam surah Ali Imran ayat 69, turut disebut mengenai Lembah Bakkah ini.

“Sesungguhnya rumah yang mula-mula dibangun untuk (tempat beribadat) manusia, ialah Baitullah yang di Bakkah (Mekah) yang diberkahi dan menjadi petunjuk bagi semua manusia.
(Surah Ali Imran ayat 96)

Asbabul Nuzul(Sebab turun) ayat 96 surah Ali Imran di atas adalah bantahan Allah swt terhadap ahli kitab yang mendakwa bahawa tempat ibadat di Baitul Maqdis adalah binaan pertama yang digunakan untuk beribadat. Besar kemungkinan tempat ibadat tersebut adalah kuil Nabi Sulaiman yang sekarang ini menjadi tapak kepada Masjidil Aqsa.

Keselarian daripada Psalms ayat 5-6 dan Surah Ali Imran ayat 96 menunjukkan bahawa Valley of Baca yang disebut Psalms ayat 5-6 adalah Mekah seperti Paran yang disebut dalam Deuteronomy 33 ayat 2.

Fakta yang boleh dikaitkan dengan Mekah adalah dengan ayat ‘rain’ dan ‘pools’. Umum mengetahui bahawa Mekah diberkahi dengan air zam-zam yang tidak pernah kering. Air Zam-Zam itu bergenang seperti kolam sehingga penduduk awal Mekah iaitu daripada suku Jurhum membina benteng dan telaga untuk memelihara airnya bagi pelbagai tujuan. Fakta dalam Psalms ayat 5-6 bertepatan dengan ciri-ciri Mekah yang menjadi bumi kelahiran Nabi Muhammad.






Paran sememangnya adalah Mekah

Keselarian beberapa ayat dalam dua kitab suci agama Islam dan Yahudi menunjukkan bahawa Rasulullah saw sudah dijanjikan Allah swt untuk dibangkitkan di bumi Mekah. Oleh kerana itulah Paran atau Bacca beberapa kali disebut dalam kitab Taurat bagi menaikkan martabat bumi di mana lahirnya insan agung.

Dan (ingatlah) ketika Isa ibnu Maryam berkata: “Hai Bani Israil, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu, membenarkan kitab sebelumku, iaitu Taurat, dan memberi khabar gembira dengan (datangnya) seorang Rasul yang akan datang sesudahku, yang namanya Ahmad (Muhammad).” Maka tatkala rasul itu datang kepada mereka dengan membawa bukti-bukti yang nyata, mereka berkata: “Ini adalah sihir yang nyata.”
(al-Saff ayat 6)


Ia bersesuaian juga dengan doa bapa kepada segala Nabi, Nabi Ibrahim as ketika berada di bumi Mekah yang bermaksud,

Ya Tuhan kami, utuslah untuk mereka seorang Rasul dari kalangan mereka, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat Engkau, dan mengajarkan kepada mereka Al Kitab (Al-Quran) dan Al-Hikmah (As-Sunnah) serta mensucikan mereka. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana
(Surah al-Baqarah ayat 129)




sumber dari: takusahrisau.wordpress.com

misteri di sebalik kota Mekah





Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: 

“Allah telah menjadikan Kaabah, rumah suci itu sebagai pusat bagi manusia.” 
(Surah Maa’idah: 97)

Neil Amstrong telah membuktikan bahwa kota Mekah yang terletaknya Kaabah adalah pusat kepada planet Bumi.”

Sebenarnya di dalam Al-Quran terlebih dahulu membicarakan perkara ini, sebagai hamba Allah yang diberikan akal fikiran perlulah meneliti dan berfikir disebalik rahsia-rahsia yang terkandung didalam ayat-ayat suci Al-Quran Al-Karim.

Diantara Kalam-kalam Allah Ta’ala mengenai Mekah Pusat Bumi
Firman Allah yang bermaksud:

“Demikianlah Kami wahyukan kepadamu al-Quran dalam bahasa Arab supaya kamu memberi peringatan kepada Ummul Qura (penduduk Mekah) dan sekalian penduduk dunia di sekelilingnya (negeri-negeri di sekelilingnya).” 
(asy-Syura: 7)

Kata “Ummul Qura” bererti induk bagi kota-kota lain, dan kota-kota di sekelilingnya, menunjukkan Mekah adalah pusat bagi kota-kota lain, dan yang lain hanyalah berada di sekelilingnya.

Lebih dari itu, kata “ummu” (ibu) mempunyai erti yang cukup penting dan luas di dalam peradaban Islam. Sebagaimana seorang ibu adalah sumber dari keturunan, maka Mekah juga merupakan sumber dari semua negeri lain serta keunggulan di atas semua kota.


Allah berfirman lagi yang bermaksud:

“Wahai jin dan manusia, jika kamu sanggup menembusi (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusinya kecuali dengan kekuatan (ilmu pengetahuan).” (ar-Rahman: 33)

Kata “aqthar” adalah bentuk jamak dari kata “qutr” yang bererti diameter, dan ia mengacu pada langit dan bumi yang mempunyai banyak diameter.

Berdasarkan ayat ini dapat difahami bahawa diameter lapisan-lapisan langit itu di atas diameter bumi (tujuh lempengan bumi). Jika Mekah berada di tengah-tengah bumi, dengan itu bererti bahawa Mekah juga berada di tengah-tengah lapisan-lapisan langit.

Selain itu ada hadis yang menerangkan bahawa Masjidil Haram di Mekah, tempat kaabah berada itu ada di tengah-tengah tujuh lapisan langit dan tujuh lapisan yang membentuk bumi.

Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya: 

“Wahai orang-orang Mekah, wahai orang-orang Quraisy , sesungguhnya kamu berada di bawah pertengahan langit.”

Berdasarkan penelitian di atas, bahawa Mekah berada pada tengah-tengah bumi (pusat dunia), maka benar-benar diyakini bahawa Kota Suci Mekah, bukan Greenwich, yang seharusnya dijadikan rujukan waktu dunia. – (Dipetik dari Eramuslim “Makkah Sebagai Pusat Bumi” Oleh Dr. Mohamad Daudah)




Neil Amstrong membuktikan bahwa kota Mekah yang terletaknya Kaabah adalah pusat kepada planet Bumi, sedangkan Al-Quran sejak 1400 tahun yang lalu telah berbicara mengenai kota Mekah dan kaabah adalah pusat bumi ini.

Ketika kali pertama Neil Amstrong melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata, “Planet Bumi ternyata bertumpu di area yang sangat gelap, dan di manakah ia berpusat?.” Fakta ini telah diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah.

Para angkasawan telah menemui bahawa planet Bumi itu mengeluarkan satu radiasi, secara rasmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi sayangnya 21 hari kemudian website tersebut hilang dan seperti ada alasan tersembunyi di sebalik penghapusan lama web tersebut.

Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyatalah radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, dan tepatnya berasal daripada Kaabah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak berakhir). Perkara ini terbukti ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih berlanjutan. Para peneliti Muslim mempercayai bahawa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Kaabah di planet Bumi dengan Kaabah di alam akhirat.




Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, terdapat suatu area yang bernama ‘Zero Magnetism Area’, di mana apabila kita mengeluarkan kompas di kawasan tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali kerana daya tarikan yang sama besar antara kedua kutub .

Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka dia akan hidup lebih lama, lebih sihat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan graviti. Oleh sebab itu lah ketika kita mengelilingi Kaabah, maka seakan-akan diri kita dicas oleh suatu tenaga misteri yang menyebabkan kita bertenaga ketika mengelilingi kaabah dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah.

Penelitian lainnya menyatakan bahawa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga boleh terapung di air. Di sebuah muzium di negara Inggeris, terdapat tiga buah potongan batu tersebut (dari Kaabah) dan pihak muzium juga mengatakan bahawa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem suria kita.




Rasulullah SAW bersabda:

“Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.” (Jami’ al-Tirmidzi al-Hajj)

“Hajar Aswad dari batu-batuan Syurga dan tidak ada suatu benda di bumi yang turunnya dari Syurga selain batu itu.” 
(HR. Thabrani)

Wallahu’alam….



sumber dari: myberita.com

Saturday, 11 May 2013

Bekas Imam Terkenal Masjidil Haram Mekah Meninggal






Bekas Presiden Hal Ehwal Dua Masjid Suci dan juga Imam serta khatib terkenal Masjidil Haram Mekah, Sheikh Muhammad bin Abdullah Al- Subbayyil selamat dikebumikan selepas solat Asar semalam.

Jenazah sebelum itu disembahyangkan di masjid suci berkenaan.
Allahyarham meninggal dunia dua hari lalu.
Jenazah dikebumikan di tanah perkuburan Maabdah, Mekah.

Allahyarham pernah menjadi tenaga pengajar dalam ilmu tauhid, tafsir, ilmu fiqh dan usul fiqh, ilmu faraid, nahu, balaghah, syair dan kesusasteraan di madrasah dan masjid-masjid.
Satu perintah diraja dikeluarkan pada tahun 1964 agar beliau dilantik sebagai Imam dan Khatib di Masjidil Haram, Makkah. Beliau juga dilantik selaku Pengerusi bagi Tenaga pengajar dan pemantau (bahagian Agama) untuk Masjidil Haram.

Pada tahun 1970, Allahyarham dilantik selaku Timbalan Presiden (Bahagian Agama), Bahagian Pengurusan Masjidil Haram, dan seterusnya dilantik selaku Timbalan Presiden Bahagian Pengurusan Masjidil Haram yang kemudian dijenamakan semula menjadi Bahagian Pengurusan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Pada tahun 1991, beliau dilantik menjadi Presiden bagi jabatan tersebut.
Beliau bersara pada tahun 2001 dan beliau juga merupakan Ahli Badan Ulama’ Senior dan Majlis Fiqh Rabitah Alam Islami.

Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham, moga rohnya dicucuri rahmat.



sumber dari: myberita.com

Masjidil Haram dilanda banjir










Masjidil Haram diketahui berada di kawasan yang jarang kita dengar berlaku banjir. Gambar Masjidil Haram banjir ini dirakam pada tahun 1941.
Ini berlaku disebabkan sistem perparitan yang kurang berkesan ketika itu. Jumlah mereka yang menunaikan umrah juga menurun. Walaupun begitu masih ada yang mengharungi banjir untuk melakukan tawaf.
Pernah dicatatkan banjir juga pernah berlaku di zaman khalifah Umar Al-Khattab.
Jadi tepatlah pepatah bumi mana yang tak pernah ditimpa hujan…


sumber dari: sinikini.com

Wednesday, 10 April 2013

Imam Malik - Imam Ahli Hijaz



Imam Malik dianggap sebagai Imam Ahli Hijaz,sepertimana Imam Abu Hanifah yang menjadi imam di Iraq,dan kedua-dua imam ini menjadi imam di madrasah feqh masing-masing di zaman mereka,iaitu Madrasah Madinah di Hijaz,dan Madrasah Kufah di Iraq..

Dan sesungguhnya Imam Malik mempunyai keutamaan yang besar dalam menyampaikan hadith nabi dan feqh islami,kerana beliau merupakan seorang penyampai hadith yang benar,dalam ilmu pengetahuanya,wara’ dan mempunyai kedudukan yang tinggi,disebabkan itulah betapa ramainya fuqaha’ dari berbagai ceruk dunia datang daripada jauh semata-mata ingin berguru dan mengambil ilmu daripada beliau,dan sesungguhnya betapa ramainya ulama’ dari berbagai negara islam telah meriwayatkan ilmu daripada beliau,antaranya dari Yaman,Syam,Iraq,Khurasan,Mesir,Maghribi (ehem ehem) dan juga dari Andalus,dan sesungguhnya para ulama’ telah bersepakat di atas kealimanya, kebaikkan perihal agamanya dan kewarakkanya dan kefahamanya yang jitu terhadap sunnah nabi yang mulia,dan beliau juga telah dipuji oleh kebanyakkan ulama’,dia antaranya ialah Imam As-Syafie’ yang berkata :

« Malik ialah hujjatullah(bukti kekuasaan Allah ) di atas ciptaaNya » dan Ibnu Mehdi yang berkata : « Tidaklah aku pernah melihat seorang pun yang lebih sempurna aqalnya dan tersangat taqwanya kepada Allah daripada Malik » dan berkata : « Dan tiadalah di atas muka bumi ini yang lebih beriman kepada hadith rasulullah sallallahu alaihi wassalam daripada Malik »

Abu Ja’far Al-Mansur pernah menginginkan untuk menjadikan kitab Al-Muwattho’ Imam Malik sebagai rang undang-undang yang perlu diaplikasikan ke setiap negara islam,tetapi Imam Malik enggan beliau melakukan sedemikian dan telah berkata kepadanya :

« Jangan lakukanya ! kerana para sahabat masih berselerakkan di berbagai tempat,dan mereka telah meriwayatkan hadith-hadith selain hadith-hadith dari Hijaz iaitu hadith-hadith yang menjadi sandaranku,dan manusia telah mengambil hadith-hadith tersebut (hadith yang diriwayatkan oleh para sahabat) maka biarkanlah mereka di dalam keadaan mereka itu » maka beliau mengatakan kepada Imam Malik : « Semoga Allah mengurniakanmu kebaikkan wahai Abu Abdullah »

Sesungguhnya Khalifah Harun Ar-Rasyid ketikamana beliau pergi menunaikan haji,beliau ingin bertemu dengan Imam Malik,lalu beliau pun menghantar utusan menyatakan bahawa beliau ingin bertemu denganya,maka berkatanya Imam Malik kepada utusan tersebut : Katakanlah dikau kepada Amirul Mukminin itu :

« sesungguhnya penuntut ilmu itu sepatutnya berusaha mendapatkanya,dan sesungguhnya ilmu itu tidak akan berusaha mendatangi sesiapa pun » lalu akurlah khalifah apabila mendengarkan perkataan Imam Malik itu,lalu beliau pun pergi kepada Imam Malik menziarahinya di rumahnya,lalu beliau pun mengarahkan manusia lain agar meninggalkan majlis tersebut,tetapi Imam Malik tidak bersetuju dengan perlakuan tersebut,lalu berkata : « Jika dihalangkan ilmu kepada orang awam,maka tiadalah beroleh kebaikkan kepada orang yang khusus »

Dan khalifah Harun Ar-Rasyid menginginkan agar Imam Malik datang ke rumah beliau agar mengajarkan dua orang anak beliau iaitu Al-Amin dan Al-Ma’mun kitab Al-Muwattho’,dan juga menginginkan agar kedua orang anaknya itu berguru dengan  Imam Malik,maka berkatanya Imam Malik kepada khalifah :

« Semoga Allah memuliakanmu wahai Amirul Mukminin,sesungguhnya kalian akan mendapat ilmu itu,jika kalian memuliakan ilmu,maka ilmu akan dimuliakan,manakala jika kalian mencela ilmu itu,maka ilmu itu juga akan dicelakan,dan sesungguhnya ilmu itu didatangi dan tidaklah ilmu itu yang mendatangi » berkatanya khalifah : « Benarlah perkataanmu itu,pergilah kamu berdua wahai anakku ke masjid untuk mendengarkan pelajaran bersama manusia lain » lalu berkatanya Imam Malik : « dengan syarat hendaklah kedua mereka tidak diawasi dengan pengawal,dan hendaklah mereka berdua duduk disitu sehinggalah majlis habis »

Maka pergilah kedua anak khalifah itu ke majlis ilmu Imam malik dengan syarat tersebut.
Maka disini dapatlah kita lihat ketegasan Imam Malik dalam menyatakan kebenaran dan betapa kuatnya beliau dalam memuliakan ilmu itu sendiri,dan beliau tetap juga menyatakan pandanganya walaupun kemungkinan akan mendatangkan kemurkaan khalifah..

Dan disebabkan ketegasan beliau itu telah menyebabkan beliau mengharungi pancaroba sebagai seorang penyampai kebenaran,ketikamana beliau mengeluarkan fatwa yang tidak jatuhnya thalaq ke atas orang yang dipaksa,dan beliau telah berdalilkan hadith nabi yang mulia : « Tiadalah thalaq ke atas orang yang dipaksakan » dan fatwa ini tanpa syak lagi tidak disukai oleh para pemerintah Abbasiyyin kerana mereka telah memaksa rakyat jelata supaya mengiktiraf pemerintahan mereka,dan kerana fatwa tersebut bakal menggambarkan bahawa : jika sesiapa yang dipaksa supaya membai’ah mereka,maka orang yang dipaksa itu boleh sahaja tidak membai’ah mereka dan boleh membai’ah pemerintahan selain Abbasiyyiin kerana diqiyaskan kepada fatwa yang menyatakan tidak jatuhnya thalaq ke atas sesiapa yang dipaksa…atau dengan maksud lain : tidak adanya bai’ah ke atas sesiapa yang dipaksa..

Dan disebabkan peristiwa fatwa itu,Abu Ja’far Al-Mansur telah melarang Imam Malik daripada bercakap tentang hadith tersebut,kemudian beliau telah menghantar seorang utusan untuk menyoal Imam Malik tentang masalah tersebut,apabila Imam Malik disoal oleh utusan tersebut,dia telah menyatakan hadith tersebut di hadapan seluruh manusia yang hadir,lalu disebabkan itu,dia telah dipukul dengan cemeti oleh pemerintah Kota Madinah iaitu Ja’far bin Sulaiman,tanganya telah diikat dan diregangkan sehingga hampir terkehel bahunya.

Dikatakan juga Imam Malik telah mengeluarkan fatwa bahawa haramnya perkahwinan Muta’h (2) dan fatwa tersebut bertentangan dengan pendapat nenek moyang pemerintahan Abbasiyy.

Diriwayatkan juga apabila beliau disoal tentang orang yang menderhaka kepada pemerintahan khalifah adakah dia boleh dibunuh ? lalu beliau menjawab : jika mereka menderhaka terhadap pemerintahan seperti pemerintahan Umar Bin Abdul Aziz maka mereka boleh diperangi,lalu ditanya pula : jika ianya tidak seperti demikian ? beliau menjawab : biarkanlah mereka,kerana Allah Taala akan membalas kezaliman mereka itu dengan kezaliman,maka Allah yang akan membalas ke atas kedua mereka (kedua-dua keadaan tadi)

Maka disebabkan kesemua pendapat-pendapat berani beliau inilah yang menyebabkan beliau diuji di dalam perjalanan beliau di dalam menyampaikan kebenaran,hubungan beliau dengan pemerintah pada mulanya keruh,tetapi lama kelamaan menjadi semakin baik..


sumber dari: alhammasiyy.wordpress.com

sejarah singkat Imam Malik



 


Dalam sebuah kunjungan ke kota Madinah, Khalifah Bani Abbasiyyah, Harun Al Rasyid (penguasa saat itu), tertarik mengikuti ceramah al muwatta' (himpunan hadits) yang diadakan Imam Malik. Untuk hal ini, khalifah mengutus orang memanggil Imam. Namun Imam Malik memberikan nasihat kepada Khalifah Harun,
 
''Rasyid, leluhur Anda selalu melindungi pelajaran hadits. Mereka amat menghormatinya. Bila sebagai khalifah Anda tidak menghormatinya, tak seorang pun akan menaruh hormat lagi. Manusia yang mencari ilmu, sementara ilmu tidak akan mencari manusia.''
 
Sedianya, khalifah ingin agar para jamaah meninggalkan ruangan tempat ceramah itu diadakan. Namun, permintaan itu tak dikabulkan Imam Malik.
 
''Saya tidak dapat mengorbankan kepentingan umum hanya untuk kepentingan seorang pribadi.'' Sang khalifah pun akhirnya mengikuti ceramah bersama dua putranya dan duduk berdampingan dengan rakyat kecil.
 
Imam Malik yang bernama lengkap Abu Abdullah Malik bin Anas bin Malik bin Abi Amir bin Amr bin Haris bin Gaiman bin Kutail bin Amr bin Haris al Asbahi, lahir di Madinah pada tahun 712 M dan wafat tahun 796 M. Berasal dari keluarga Arab terhormat, berstatus sosial tinggi, baik sebelum maupun sesudah datangnya Islam. Tanah asal leluhurnya adalah Yaman, namun setelah nenek moyangnya menganut Islam, mereka pindah ke Madinah. Kakeknya, Abu Amir, adalah anggota keluarga pertama yang memeluk agama Islam pada tahun 2 H. Saat itu, Madinah adalah kota ilmu yang sangat terkenal.
 
Kakek dan ayahnya termasuk kelompok ulama hadits terpandang di Madinah. Karenanya, sejak kecil Imam Malik tak berniat meninggalkan Madinah untuk mencari ilmu. Ia merasa Madinah adalah kota dengan sumber ilmu yang berlimpah lewat kehadiran ulama-ulama besarnya.
 
Kendati demikian, dalam mencari ilmu Imam Malik rela mengorbankan apa saja. Menurut satu riwayat, sang imam sampai harus menjual tiang rumahnya hanya untuk membayar biaya pendidikannya. Menurutnya, tak layak seorang yang mencapai derajat intelektual tertinggi sebelum berhasil mengatasi kemiskinan. Kemiskinan, katanya, adalah ujian hakiki seorang manusia.
 
Karena keluarganya ulama ahli hadits, maka Imam Malik pun menekuni pelajaran hadits kepada ayah dan paman-pamannya. Kendati demikian, ia pernah berguru pada ulama-ulama terkenal seperti Nafi' bin Abi Nuaim, Ibnu Syihab az Zuhri, Abul Zinad, Hasyim bin Urwa, Yahya bin Said al Anshari, dan Muhammad bin Munkadir. Gurunya yang lain adalah Abdurrahman bin Hurmuz, tabi'in ahli hadits, fikih, fatwa dan ilmu berdebat; juga Imam Jafar Shadiq dan Rabi Rayi.
 
Dalam usia muda, Imam Malik telah menguasai banyak ilmu. Kecintaannya kepada ilmu menjadikan hampir seluruh hidupnya diabdikan dalam dunia pendidikan. Tidak kurang empat khalifah, mulai dari Al Mansur, Al Mahdi, Hadi Harun, dan Al Ma'mun, pernah jadi murid Imam Malik. Ulama besar, Imam Abu Hanifah dan Imam Syafi'i pun pernah menimba ilmu dari Imam Malik. Belum lagi ilmuwan dan para ahli lainnya. Menurut sebuah riwayat disebutkan murid terkenal Imam Malik mencapai 1.300 orang.
 
Ciri pengajaran Imam Malik adalah disiplin, ketentraman, dan rasa hormat murid kepada gurunya. Prinsip ini dijunjung tinggi olehnya sehingga tak segan-segan ia menegur keras murid-muridnya yang melanggar prinsip tersebut. Pernah suatu kali Khalifah Mansur membahas sebuah hadits dengan nada agak keras. Sang imam marah dan berkata, ''Jangan melengking bila sedang membahas hadits Nabi.''
Ketegasan sikap Imam Malik bukan sekali saja. Berulangkali, manakala dihadapkan pada keinginan penguasa yang tak sejalan dengan aqidah Islamiyah, Imam Malik menentang tanpa takut risiko yang dihadapinya. Salah satunya dengan Ja'far, gubernur Madinah. Suatu ketika, gubernur yang masih keponakan Khalifah Abbasiyah, Al Mansur, meminta seluruh penduduk Madinah melakukan bai'at (janji setia) kepada khalifah. Namun, Imam Malik yang saat itu baru berusia 25 tahun merasa tak mungkin penduduk Madinah melakukan bai'at kepada khalifah yang mereka tak sukai.
 
Ia pun mengingatkan gubernur tentang tak berlakunya bai'at tanpa keikhlasan seperti tidak sahnya perceraian paksa. Ja'far meminta Imam Malik tak menyebarluaskan pandangannya tersebut, tapi ditolaknya. Gubernur Ja'far merasa terhina sekali. Ia pun memerintahkan pengawalnya menghukum dera Imam Malik sebanyak 70 kali. Dalam kondisi berlumuran darah, sang imam diarak keliling Madinah dengan untanya. Dengan hal itu, Ja'far seakan mengingatkan orang banyak, ulama yang mereka hormati tak dapat menghalangi kehendak sang penguasa.
 
Namun, ternyata Khalifah Mansur tidak berkenan dengan kelakuan keponakannya itu. Mendengar kabar penyiksaan itu, khalifah segera mengirim utusan untuk menghukum keponakannya dan memerintahkan untuk meminta maaf kepada sang imam. Untuk menebus kesalahan itu, khalifah meminta Imam Malik bermukim di ibukota Baghdad dan menjadi salah seorang penasihatnya. Khalifah mengirimkan uang 3.000 dinar untuk keperluan perjalanan sang imam. Namun, undangan itu pun ditolaknya. Imam Malik lebih suka tidak meninggalkan kota Madinah. Hingga akhir hayatnya, ia tak pernah pergi keluar Madinah kecuali untuk berhaji.
 
Pengendalian diri dan kesabaran Imam Malik membuat ia ternama di seantero dunia Islam. Pernah semua orang panik lari ketika segerombolan Kharijis bersenjatakan pedang memasuki masjid Kuffah. Tetapi, Imam Malik yang sedang shalat tanpa cemas tidak beranjak dari tempatnya. Mencium tangan khalifah apabila menghadap di baliurang sudah menjadi adat kebiasaan, namun Imam Malik tidak pernah tunduk pada penghinaan seperti itu. Sebaliknya, ia sangat hormat pada para cendekiawan, sehingga pernah ia menawarkan tempat duduknya sendiri kepada Imam Abu Hanifah yang mengunjunginya.
 
Dari Al Muwatta' Hingga Madzhab Maliki
 
Al Muwatta' adalah kitab fikih berdasarkan himpunan hadits-hadits pilihan. Santri mana yang tak kenal kitab yang satu ini. Ia menjadi rujukan penting, khususnya di kalangan pesantren dan ulama kontemporer. Karya terbesar Imam Malik ini dinilai memiliki banyak keistimewaan. Ia disusun berdasarkan klasifikasi fikih dengan memperinci kaidah fikih yang diambil dari hadits dan fatwa sahabat.
 
Menurut beberapa riwayat, sesungguhnya Al Muwatta' tak akan lahir bila Imam Malik tidak 'dipaksa' Khalifah Mansur. Setelah penolakan untuk ke Baghdad, Khalifah Al Mansur meminta Imam Malik mengumpulkan hadits dan membukukannya. Awalnya, Imam Malik enggan melakukan itu. Namun, karena dipandang tak ada salahnya melakukan hal tersebut, akhirnya lahirlah Al Muwatta'. Ditulis di masa Al Mansur (754-775 M) dan baru selesai di masa Al Mahdi (775-785 M).
 
Dunia Islam mengakui Al Muwatta' sebagai karya pilihan yang tak ada duanya. Menurut Syah Walilullah, kitab ini merupakan himpunan hadits paling shahih dan terpilih. Imam Malik memang menekankan betul terujinya para perawi. Semula, kitab ini memuat 10 ribu hadits. Namun, lewat penelitian ulang, Imam Malik hanya memasukkan 1.720 hadits. Kitab ini telah diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa dengan 16 edisi yang berlainan. Selain Al Muwatta', Imam Malik juga menyusun kitab Al Mudawwanah al Kubra, yang berisi fatwa-fatwa dan jawaban Imam Malik atas berbagai persoalan.
 
Imam Malik tak hanya meninggalkan warisan buku. Ia juga mewariskan mazhab fikih di kalangan Islam Sunni, yang disebut sebagai Mazhab Maliki. Selain fatwa-fatwa Imam Malik dan Al Muwatta', kitab-kitab seperti Al Mudawwanah al Kubra, Bidayatul Mujtahid wa Nihaayatul Muqtashid (karya Ibnu Rusyd), Matan ar Risalah fi al Fiqh al Maliki (karya Abu Muhammad Abdullah bin Zaid), Asl al Madarik Syarh Irsyad al Masalik fi Fiqh al Imam Malik (karya Shihabuddin al Baghdadi), dan Bulgah as Salik li Aqrab al Masalik (karya Syeikh Ahmad as Sawi), menjadi rujukan utama mazhab Maliki.
 
Di samping sangat konsisten memegang teguh hadits, mazhab ini juga dikenal amat mengedepankan aspek kemaslahatan dalam menetapkan hukum. Secara berurutan, sumber hukum yang dikembangkan dalam Mazhab Maliki adalah Al-Qur'an, Sunnah Rasulullah SAW, amalan sahabat, tradisi masyarakat Madinah (amal ahli al Madinah), qiyas (analogi), dan al maslahah al mursalah (kemaslahatan yang tidak didukung atau dilarang oleh dalil tertentu).
 
Mazhab Maliki pernah menjadi mazhab resmi di Mekah, Madinah, Irak, Mesir, Aljazair, Tunisia, Andalusia (kini Spanyol), Marokko, dan Sudan. Kecuali di tiga negara yang disebut terakhir, jumlah pengikut mazhab Maliki kini menyusut. Mayoritas penduduk Mekah dan Madinah saat ini mengikuti Mazhab Hanbali. Di Iran dan Mesir, jumlah pengikut Mazhab Maliki juga tidak banyak. Hanya Marokko saat ini satu-satunya negara yang secara resmi menganut Mazhab Maliki.


sumber dari: islam2u.net