Allah SWT menegaskan dalam firman-Nya, Katakanlah (Muhammad),
‘Seandainya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai (penulisan) kalimat-kalimat Tuhanku,
meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)
(Al-Kahfi:109).

Tuesday 18 March 2014

Tokoh Terjemahan Arab







Antara penerjemah yang terkenal ialah:

1. Ibn al-Batriq.

Beliau dikenali antara tahun 796M hingga tahun 806M Banyak buku Greek diterjemahkan oleh beliau. Antaranya ialah buku-buku karangan Galinus dan Abuqrat yang dipersembahkan kepada khalifah al-Ma’mun. Selain itu, beliau juga menerjemahkan buku-buku karangan Batlimus dan Aqlidah. Ternyata terjemahan beliau tidak berapa tepat sehingga terpaksa diterjemahkan semula pada zaman pemerintahan al-Rashid dan al-Ma’mun. Ini disebabkan oleh kaedah terjemahan yang beliau gunakan, iaitu terjemahan katawi. Ramai penerjemah mengikut kaedah terjemahan yang digunakan oleh Ibn al-Batriq (‘Aziz t. th.: 17).

2. Yuhana ibn Masawayh.

Beliau dikenali pada tahun 857M, merupakan guru Hunayn ibn Ishaq dan menerjemahkan teks-teks perubatan untuk khalifah al-Rashid (al-Jamili 1982/1391: 156-163).

3. Hunayn ibn Ishaq (809M-873M)

Hunayn ibn Ishaq mempelajari ilmu terjemahan daripada Ibn Masawayh. Beliau bekerja sebagai doktor peribadi khalifah al-Ma’mun yang kemudiannya dilantik sebagai ketua Bayt al-Hikmah oleh baginda, Hunayn menerjemahkan teks-teks yang ditulis dalam bahasa Greek ke bahasa Siryani terlebih dahulu. Kemudian beliau menyerahkan teks-teks yang telah diterjemahkan itu kepada anak murid dan sahabatnya untuk diterjemahkan pula ke bahasa Arab. Ini disebabkan beliau tidak fasih bertutur bahasa Arab. Satu contoh yang baik untuk diketengahkan di sini ialah Hunayn menerjemahkan buku Aristotle daripada bahasa Greek ke bahasa Siryani, kemudian anaknya Ishaq menerjemahkan karya tersebut ke bahasa Arab kerana Ishaq lebih arif dan lebih fasih berbahasa Arab berbanding bapanya. Oleh itu Ishaq dianggap lebih berjaya daripada bapanya dalam menerjemahkan buku-buku karangan Aristotle (al-Jamili 1982/1391: 225-249).

4. Ishaq ibn Hunayn dan Habish ibn al-A‘sam.

Beliau berdua banyak menerjemahkan buku karangan Abuqrat dan Disquridas yang ditulis dalam bidang tumbuh-tumbuhan. Karya terjemahan ini kemudiannya dijadikan rujukan dalam bidang botani (al-‘Ani, al-Rawi & al-Jaburi 1990/1411: 16).

5. Thabit ibn Qurrah (836M-901M)

Banyak buku Greek dalam bidang matematik dan astronomi diterjemahkan oleh beliau dan anak-anak muridnya. Antaranya ialah buku karangan Arkhamidas dan Abulunis. Beliau juga menyemak karya terjemahan yang sedia ada dan memperbaikinya. Thabit menyemak kembali terjemahan buku Aqlidas yang dibuat oleh Hunayn.

6. Qasta ibn Luqa,

Beliau muncul pada tahun 922M dan berasal dari Baclabak. Ilmu pengetahuannya luas dalam bidang perubatan, falsafah, kejuruteraan, mekanik, fizik dan Muzik. Beliau fasih berbahasa Greek dan Arab.

7. Yahya ibn al-‘Ubadi (893M-974M) dan Abu cAli ‘Isa ibn Zar‘ah.

Yahya muncul pada akhir kurun kesepuluh dan Abu ‘Ali ‘Isa terkenal di Baghdad pada sekitar tahun 1000M. Mereka berdua menyemak semula karya-karya terjemahan yang sedia ada di samping melakukan penerjemahan yang baharu, Mereka juga menyumbang terhadap bidang terjemahan ini dengan memperkenalkan disiplin baharu seperti falsafah Plato dan bidang sufi kepada orang Arab.



sumber dari: http://maharani-mamailham.blogspot.com

No comments:

Post a Comment