Allah SWT menegaskan dalam firman-Nya, Katakanlah (Muhammad),
‘Seandainya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai (penulisan) kalimat-kalimat Tuhanku,
meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)
(Al-Kahfi:109).

Saturday 22 February 2014

Tokoh Sarjana Andalusia » IBN bajjah




IBN bajjah


Ibn Bajjah dilahirkan di Saragossa pada 1082 M. Beliau telah mengemukakan gagasan falsafah ketuhanan yang menetapkan bahawa manusia boleh berhubung dengan akal fa’al melalui perantaraan ilmu pengetahuan dan pembangunan potensi manusia. Menurut Ibn Bajjah manusia boleh mendekati tuhan dengan melalui amalan berfikir dan tidak semestinya melalui amalan tasawuf.

Dalam bidang fizik, teori yang dikemukakan oleh Ibnu Bajjah telah mempengaruhi pemikiran Galilieo sehingga beliau berjaya menghasilkan idea-idea baru tentang hukum-hukum pergerakan moden. Galilieo telah menggunakan formula Ibnu Bajjah dalam buku beliau yang bertajuk Pisan Dialogne. Teori yang digunakan oleh Galilieo ini bertentangan dengan teori yang pernah diperkenalkan oleh Aristotle. Teori Ibn Bajjah ini turut disokong oleh St. Thomas dan Duns Scotus.



sumber dari: maruwiah.com

No comments:

Post a Comment