Allah SWT menegaskan dalam firman-Nya, Katakanlah (Muhammad),
‘Seandainya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai (penulisan) kalimat-kalimat Tuhanku,
meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)
(Al-Kahfi:109).

Saturday 22 February 2014

"Tadbir al-Muttawwahid"




SEKILAS PANDANGAN MATA
Pandangan falsafah Ibn Bajjah ini jelas dipengaruhi oleh idea-idea al-Farabi. Pemikiran
falsafah Ibn Bajjah ini dapat diikuti dalam "Risalah al-Wida" dan kitab
"Tadbir al-Muttawwahid" yang secara umumnya merupakan pembelaan kepada karya-karya
al-Farabi dan Ibn Sina kecuali bahagian yang berkenaan dengan sistem menyepi dan
menyendiri.

Namun, ada sesetengah pengkaji mengatakan bahawa kitab tersebut sama dengan buku
"al-Madinah al'Fadhilah" yang ditulis oleh al-Farabi. Dalam buku itu, al-Farabi
menjelaskan pandangan beliau mengenai politik dan falsafah. Al-Farabi semasa
membicarakan tentang politik telah mencadangkan supaya sebuah negara kebajikan
yang diketuai oleh ahli falsafah diwujudkan.Satu persamaan yang ketara antara al-Farabi
dengan Ibn Bajjah ialah kedua-duanya meletakkan ilmu mengatasi segala-galanya. Mereka
hampir sependapat bahawa akal dan wahyu merupakan satu hakikat yang padu.
Sebarang percubaan untuk memisahkan kedua-duanya hanya akan melahirkan
sebuah masyarakat dan negara yang pincang.

Oleh sebab itu, akal dan wahyu harus menjadi dasar dan asas pembinaan sebuah negara
serta masyarakat yang bahagia. Ibn Bajjah berpendapat bahawa akal boleh menyebabkan
manusia mengenali apa sahaja kewujudan sama ada benda atau Tuhan. Akal boleh mengenali
dengan sendiri perkara-perkara tersebut tanpa dipengaruhi oleh unsur-unsur kerohanian
melalui amalan tasawuf.

Selain itu, Ibn Bajjah juga telah menulis sebuah buku yang berjudul "aI-Nafs" yang
membicarakan persoalan yang berkaitan dengan jiwa. Pembicaraan itu banyak
dipengaruhi oleh gagasan pemikiran falsafah Yunani. Oleh sebab itulah, Ibn Bajjah banyak
membuat ulasan terhadap karya dan hasil tulisan Aristotle, Galenos, al-Farabi, dan al-Razi.
Minatnya dalam soal-soal yang berkaitan dengan ketuhanan dan metafizik jauh mengatasi
bidang ilmu yang lain meskipun beliau turut mahir dalam ilmu psikologi, politik, perubatan,
algebra, dan sebagainya.

Sewaktu membicarakan ilmu logik, Ibn Bajjah berpendapat bahawa sesuatu yang dianggap
ada itu sama ada benar-benar ada atau tidak ada bergantung pada sama ada diyakini ada
atau hanyalah suatu kemungkinan. Justeru itu, apa yang diya­kini itulah sebenarnya satu
kebenaran dan sesuatu kemungkinan itu boleh jadi mungkin benar dan tidak benar.
Sebenarnya, banyak perkara di dunia ini yang tidak dapat dihuraikan menggunakan logik.
Jadi, Ibnu Bajjah belajar ilmu-ilmu lain untuk membantunya memahaminya hal-hal berkaitan
dengan metafizik.Ilmu sains dan fizik misalnya digunakan oleh Ibn Bajjah untuk menghuraikan
persoalan benda dan rupa. Menurut Ibn Bajjah, benda tidak mungkin wujud tanpa rupa tetapi
rupa tanpa benda mungkin wujud. Oleh sebab itu, kita boleh menggambarkan sesuatu dalam
bentuk dan rupa yang berbeza-beza.



sumber dari: ibnuheikal.blogspot.com

No comments:

Post a Comment