Allah SWT menegaskan dalam firman-Nya, Katakanlah (Muhammad),
‘Seandainya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai (penulisan) kalimat-kalimat Tuhanku,
meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)
(Al-Kahfi:109).

Wednesday 16 April 2014

Syair Imam Syafie' Sebelum Beliau Meninggal Dunia







DIKISAHKAN syair ini ketika Imam Muzani menziarahi Imam Syafie yang sedang ketika itu beliau sedang sakit tenat, yang tidak lama kemudian beliau menghembus nafasnya yang terakhir ditempat Imam Muzani menziarahinya itu.

Sewaktu Imam Muzani bertanyakan khabar mengenai kesihatan Imam Syafie, lantas Imam Syafie terus menangis dan bersyair. Syair ini begitu syahdu dan meruntun hati bagi sesiapa yang mendengar. Sedangkan Imam Syafie seorang imam besar boleh mengeluh dan risau keadaanya di akhirat nanti, bagaimana pula dengan kita?

Renungankan bersama...



إلـيــك إلـــه الـخـلـق أرفــــع رغـبـتــي
Kupersembahkan (rintihan) kepadaMu Tuhan sekalian makhluk akan harapanku

وإن كـنـتُ يــا ذا الـمــن والـجــود مـجـرمـا
Sekalipun aku seorang yang berdosa wahai yang Maha Pemberi dan Maha Pemurah

ولـمــا قـســا قـلـبـي وضـاقــت مـذاهـبــي

Bilamana keras hatiku dan terasa sempit perjalananku

جـعـلـت الـرجــا مـنــي لـعـفـوك سـلـمــا

Kujadikan rayuan (rintihan) daripadaku sebagai jalan untuk mengharapkan keampunanMu

فـمـا زلــتَ ذا عـفـو عــن الـذنـب لــم تـزل
Bilamana Engkau yang memiliki keampunan menghapuskan dosa yang berterusan ini

تــجــود و تـعــفــو مــنـــة وتـكــرمــا
KurniaanMu dan keampunanMu adalah merupakan rahmat dan kemuliaan

ألــســت الــــذي غـذيـتـنـي وهـديـتـنــي

Bukankah Engkau yang memberi aku makan serta hidayah kepadaku

ولا زلــــت مـنـانــا عــلـــيّ ومـنـعـمــا
Dan janganlah Engkau hapuskan kurniaan anugerah dan ni'mat itu kepadaku (walaupun aku seorang yang sentiasa berdosa)

عـسـى مــن لــه الإحـســان يـغـفـر زلـتــي
Semoga orang yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku

ويـسـتــر أوزاري ومــــا قــــد تـقــدمــا
Dan menutup dosa-dosaku serta setiap perkara yang telah lalu

فــإن تـعـف عـنــي تـعــف عـــن مـتـمـرد
Sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan

ظــلــوم غــشــوم لا يــزايـــل مـأتــمــا
kezaliman, penganiayaan yang tak akan terhapus di hari berhimpun kesedihan

و إن تنـتـقـم مــنــي فـلـســت بــآيــس
Namun jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa

ولـــو أدخـلــوا نـفـسـي بـجــرم جـهـنـمـا
Sekalipun dosa-dosaku itu akan memasukkan diriku ke dalam neraka

فصيـحـا إذا مــا كــان فـــي ذكـــر ربـــه
Dia adalah seorang yang fasih ketika menyebut/mengingati Rabbnya

وفيما سواه في الورى كان أعجما
Dan bilamana dia bersama selain tuhannya di dunia ini dia membisu

يـقــول: حبـيـبـي أنـــت سـؤلــي وبغـيـتـي
Dia (Rasulullah SAW) berkata: Kekasihku, Engkaulah tempatku meminta dan berharap

كـفــى بـــك للـراجـيـن ســـؤلا ومـغـنـمـا
Cukuplah Engkau bagi yang berharap sebagai tempat bergantung dan memohon

أصـــــون ودادي أن يـدنــســه الـــهـــوى
Ku pelihara kasihku yang dicemari nafsu

وأحــفــظ عــهــد الــحـــب أن يـتـثـلـمـا
Dan ku jaga janji kasih yang telah tercalar

فـفـي يقظـتـي شــوق وفــي غـفـوتـي مـنــى
Di saat ku jaga, aku rindu, dan di saat ku lelap aku berharap

تــلاحــق خــطــوي نــشــوة وتـرنــمــا

Mengiringi langkahku dengan penuh semangat dan berulang

فـجـرمـي عـظـيـم مـــن قـديــم وحــــادث

Sesungguhnya dosaku adalah besar sejak dulu dan kini

وعـفــوك يـأتــي الـعـبـد أعـلــى وأجـسـمـا
Namun (ku tahu) keampunanmu yang mendatangi hamba adalah lebih besar (agung) dan lebih mulia



sumber dari: apesal.com

Cara Imam Syafie Menghafal Ilmu Fiqah





pesananibuimamsyafie


Setiap hari Imam Syafie menghadiri kelas ilmu fiqah yang diajar oleh Imam Muslim al-Zanji . Namun dia menghadiri satu masalah kerana belajar ilmu fiqah perlu banyak catatan sedangkan dia tidak mampu membeli alat tulis dan kertas. Oleh itu dia menulis catatannya pada kulit kayu,pelepah tamar dan kertas terbuang yang dibuang orang. 



Pada suatu hari, Imam Syafie masuk ke dalam kelas tanpa membawa apa-apa kerana dia sudah kehabisan pensel dan kertas. Apabila Imam Imam Muslim al-Zanji mengajar ,Imam Syafie menulis pada tapak tangan kiri dengan jari jelunjuk kanannya. Perbuatan itu disedari oleh gurunya. 

"Apakah kamu sedang bermain ataupun mengikuti apa yang saya ajarkan?"tanya Imam Muslim al-Zanji.

"Saya sedang belajar,"jawab Imam Syafie.

"Pelajar lain masuk ke dalam kelas menulis pada buku dan kertas. Tetapi saya lihat kamu asyik menggaru tapak tangan kamu,"kata Imam Muslim al-Zanji lagi.

"Maafkan saya. Saya menulis apa yang tuan ajar pada tapak tangan saya kerana tidak mampu membeli alat tulis dan kertas,"kata Imam Syafie pula. 

"Sekiranya benar begitu,cuba kamu baca semula apa yang kamu tulis pada tapak tangan kamu tadi,"pinta Imam Muslim al-Zanji. 
Imam Syafie membaca semula apa yang diajarkan oleh Imam Muslim tanpa tinggal satu patah perkataan pun. Imam Muslim al-Zanji dan semua anak muridnya berasa kagum dengan kebolehan luar biasa Imam Syafie. 

"Kamu adalah anak murid saya yang paling miskin . Demi Tuhan saya tidak akan mengambil apa-apa bayaran daripada kamu. Teruslah berguru denganku hingga kamu menjadi mahir dalam ilmu fiqah,"kata Imam Muslim al-Zanji. 

Imam Syafie semakin tekun belajar hingga akhirnya dia diakui gurunya dapat mengajar serta dapat memberi fatwa mengenai hukum-hukum agama.

Walaupun begitu, Imam Syafie merasakan dirinya masih kekurangan ilmu agama. Dalam diam-diam dia mempelajari Kitab Muwatta' yang dikarang oleh Imam Malik bin Anas hingga semua kandungan kitab itu dapat dihafalnya.



sumber dari: carimember.com/

Pesanan Ibu Imam Syafie Yang Menyentuh Kalbu





pesananibuimamsyafie


Imam Syafie terus mendapat pujian. Orang ramai memperkatakan mengenai kehebatannya. Tambahan pula apabila Imam Muslim al-Zanji ,Gabenor Kota Mekah. Imam Ismail Kunstantani, pakar dalam ilmu Quran dan hadis turut memujinya . Oleh itu, nama Imam Syafie semakin dikenali ramai. Apabila dia datang ke Masjid Haram, orang ramai mengerumuninya bagi bertanya masalah agama. Apabila dia membaca Quran , ramai yang kagum dengan kemerduan suaranya.

"Wahai Imam Syafie, berikanlah nasihat kepada kami. Semoga kami insaf serta bertambah insaf serta bertambah keimaman kami,"pinta seorang lelaki yang sudah berumur. 

Imam Syafie tidak menghampakan permintaan lelaki itu. Dia naik ke atas mimbar lalu berkata dengan suara yang lantang tetapi sedap didengar kerana kefasihan lidahnya.


"Wahai kaum muslimin sekalian. Sesungguhnya tidak ada yang lebih menguntungkan selain daripada harta yang lebih mulia dan berguna selain daripada ilmu. Tidak ada yang lebih berguna selain daripada akal.Tidak ada yang lebih buruk selain daripada bersifat kedekut. "


"Apakah awak yakin dengan ucapannya itu,"tanya kassim seorang pemuda kepada kawan di sebelahnya. 

"Imam Syafie mengamalkan apa yang dikatakannya. ketika orang lain sibuk mengumpulkan harta, dia memenuhi dadanya dengan ilmu. Adap sopannya tetap dijaga walaupun dia disukai orang ramai. Dia juga bersifat pemurah,"jawab Abdul Muluk yang lebih mengenali Imam Syafie berbanding kawannya. 

"Apakah benar dia seorang yang pemurah? Bolehkah kita buktikan?Kassim seolah-olah mahu mengujinya. Mereka bersetuju menguji Imam Syafie bagi membuktikan beliau seorang yang pemurah. 

Selepas menyampaikan ucapannya, Abdul Muluk bertemu dengan Imam Syafie lalu berkata,"Wahai Imam Syafie , saya hadiahkan kepada tuan 100 dirham. Gunakanlah untuk faedah tuan."
Abdul Muluk lalu menyerahkan wang sebanyak 100 dirham kepada Imam Syafie . Beliau mengambil pemberian itu lalu dimasukkan ke dalam poketnya. 

Tidak lama kemudian datang pula kassim dengan wajah seperti orang dalam kesusahan lalu berkata,"Wahai tuan saya memerlukan 100 dirham . Sudikah tuan membantu saya?" 

Tanpa banyak bicara , Imam Syfie menyeluk sakunya lalu mengeluarkan 100 dirham yang baru diterimanya daripada Abdul Muluk lalu diserahkan kepada Kassim. "Saya tidak memerlukan duit ini. Ambillah..." 

Kassim cepat beredar dari situ bertemu dengan Abdul Muluk . Kemudian dia pun berkata,"Benarlah Imam Syafie itu seorang yang pemurah. Walaupun , dia tidak mengenali saya tetapi dia tidak bertanya lebih lanjut lalu menyerahkan wang yang awak berikan itu kepada saya." 

Sekarang barulah Kassim yakin, Imam Syafie itu seorang yang pemurah . Dia selalu memuji kemurahan hati Imam Syafie di hadapan orang ramai. Peristiwa itu membuat nama Imam Syafie menjadi semakin terkenal serta disayangi orang ramai. 

"Wahai Imam Syafie, tuan memiliki bakat yang besar sebagai penyair. Kehebatan tuan melebihi saya. Kerana itu rugi sekiranya bakat tuan itu disia-siakan,"kata  Mus'ab sambil memujuk Imam Syafie supaya kembali mengarang serta mendeklamasikan puisi. 

"Wahai guruku Mus'ab, sesungguhnya minat saya lebih besar kepada ilmu agama. Saya tidak dapat memberi sepenuh tumpuan kepada sastera,"kata Imam Syafie pula. 

"Memadai sekiranya tuan memberikan sokongan kepada kami golongan penyair. Sesekali dampingi kami dan hadiri majlis deklamasi puisi,"pinta Mus'ab.

Imam Syafie menyatakan persetujuannya. 

Tidak lama kemudian, pertandingan membaca syair diadakan di pasar Ikhhaz. Ramai kawan-kawannya mendesak Imam Syafie memasuki pertandingan itu. Kerana tidak mahu menghampakan permintaan mereka, akhirnya Imam syafie bersetuju memasukinya. 

Dia membaca sebuah syair Kabilah Huzail yang panjang. Tetapi Imam  Syafie dapat menghafalnya tanpa sepatah perkataan pun yang tertinggal. Akhirnya dia muncul sebagi juara dengan mengalahkan gurunya, Mus'ab. Imam Syafie diberikan hadiah berupa wang dan pakaian yang mahal. Tetapi semua hadiah itu diberikan kepada kawan-kawannya yang memerlukannya. 

"Saya masuk pertandingan ini bukan hendak merebut hadiah, bahkan sekadar memenuhi permintaan kamu,"kata Imam Syafie. 
Kerana kehebatannya, beliau menjadi tempat rujukan penyair yang mahu mengkaji puisi Arab terutama puisi kabilah Huzail. Namun, minat Imam Syafie lebih kepada mempelajari ilmu agama. 

Pagi itu, Ummu Habibah al-Uzdiyyah mengemaskan rumah. Dia masuk ke dalam bilik Imam Syafie dan didapatinya bilik itu penuh dengan timbunan tulang,kulit kayu, dan kertas lusuh Dia berasa tidak senang hari melihatnya. 

"Sesungguhnya kebersihan itu sebahagian daripada iman. Kenapa bilikmu bersepah dengan sampah sarap? Lebih kamu bersihkan bilik itu dan bakar sahaja semua timbunan tulang, kulit kayu, dan kertas lusuh itu,"kata Ummu habibah.

"Itu bukan sampah sarap ,tetapi ilmu yang saya pelajari. Saya tuliskan pada tulang,kulit kayu dan kertas lusuh kerana tidak mampu membeli buku catatan,"kata Imam Syafie pula. 

"Ilmu yang kamu pelajari itu sepatutnya disimpan dalam ingatan, bukannya di dalam bilik tidur,"kata Ummu Habibah. 

"Mulai hari ini semua yang saya pelajari akan disimpan di dalam kepala,"janji Imam Syafie.

Kata-kata ibunya itu menginsafkan Imam Syafie . Dia pun menghafal semua catatan itu satu persatu hingga semuanya habis dihafal. Kemudian barilah dia membakarnya satu persatu hingga habis kesemuanya. Sejak itu dia tidak lagi mencatatkan ilmu yang dipelajarinya tetapi terus menghafalnya untuk disimpan dalam ingatannya. Dia dapat melakukannya kerana dikurniakan daya ingatan yang luar biasa. Semua yang diajar gurunya dapat diingatinya satu demi satu tanpa ada satu pun yang tertinggal.



sumber dari: carimember.com

Pesanan Imam Syafie Kepada Gabenor





pesananimamsyadie


Gabenor semakin tunduk mendengar kata-kata Imam Syafie . Makanan yang terhidang di hadapan tidak disentuhnya. Dia tidak berani memandang muka Imam Syafie apatah lagi menyanggah kata-katanya. 

"Apabila kita menikmati makanan,pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun. Tetapi jangan makan terlalu banyak kerana ia menyebabkan malas dan suka tidur. Ia menyukarkan untuk beramal ibadat,"kata Imam Syafie lagi.

"Benar katamu,"kata Gabenor Mesir. Nasihat Imam Syafie itu benar-benar menginsafkannya. 

"Ketahui wahai Gabenor, tiga perkara yang boleh memudaratkan manusia di samping orang yang sihat menjadi sakit iaitu meminum minuman keras, terlalu banyak melakukan persetubuhan dan terburu-buru memasukkan makanan sedangkan di mulut masih ada makanan . Penyakit itu berpunca daripada perut. Kerana itu jagalah perut kita,"kata Imam Syafie lagi . 

"Saya akan ingat nasihat itu wahai Imam Syafie,"ujur Gabenor. 


sumber dari: carimember.com

[Qasidah] Berkelana







Sebuah syair yang masyhur hasil karya insan terbilang, al-Imam Syafie rahimahullah. Mengajak kita untuk keluar berkelana, mengembara dan bermusafir menimba ilmu, menambah pengetahuan dan meluaskan pengalaman. Banyak 'perumpamaan' yang digunakan di sini bagi memberikan gambaran yang jelas tentang kepentingan berkelana.


ما في المقام لذي عقل وذي أدب * من راحة فدع الأوطان واغترب

سافر تجد عوضا عمن تفارقه * وانصب فإن لذيذ العيش في النصب

إني رأيت وقوف الماء يفسده * إن ساح طاب وإن لم يجر لم يطب

والأسد لولا فراق الغاب ما افترست * والسهم لولا فراق القوس لم يصب

والشمس لو وقفت في الفلك دائمة * لملها الناس من عجم ومن عرب

والتبر كالترب ملقى في أماكنه * والعود في أرضه نوع من الحطب

فإن تغــــرب هذا عــزّ مطلبه * وإن تغـــرب ذاك عـــزّ كا لذهــب


Tiadalah menetap bagi yang berakal dan punyai cita-cita
dengan santai, maka tinggalkanlah watan dan berkelanalah

Pergilah, kau kan ketemui ganti kepada apa yang kau tinggalkan
Lelah dahulu kerana kenikmatan hidup itu setelah kelelahan

Aku melihat air yang tenang pastikan keruh
Sekiranya mengalir eloklah ia, jika tidak pasti sebaliknya.

Sang singa kalaulah tidak meninggalkan sarang pasti tidak membaham
Anak panah kalau dibiarkan pasti tidak mengena sasarannya

Mentari kalau tidak berganjak kedudukannya
Bosanlah manusia sama ada Arab mahupun lainnya

Galian itu hanyalah tanah biasa jika tidak digali
Begitu juga setanggi, ia hanyalah sejenis kayu

Sekiranya ia diasingkan dari kelompoknya, bagaikan emas
Sekiranya dimanfaatkan, tinggi permintaannya




sumber dari: bahasasyurga.net/

Kata-kata ImamSyafie Tentang Kehidupan







"Belajarlah ilmu fiqah sebelum kamu menjadi ketua kerana jika tidak kamu tiada kesempatan untuk mempelajarinya."

"Menuntut ilmu lebih baik daripada sembahyang sunat."

"Sesiapa benar dalampersaudaraan dengan sahabatnya diterima alasan-alasan, ditutup kekurangan dan diampun kehinaannya."

"Sesiapa hendak kepada dunia maka hendaklah dia mencari ilmu dan siapa-siapa berkehendak kepada akhirat, juga hendaklah dia mencari ilmu."

"Seseorang tidak akan berjaya menuntut ilmu melainkan dia menuntut dalam kemiskinan."

"Sesiapa yang hendak menuntut ilmu hendaklah dia mendalaminya, tanpanya kehalusan ilmu akan hilang."

"Kemiskinan orang yang berilmu ialah kemiskinan ikhtiar, manakala kemiskinan orang jahil ialah kemiskinan kesusahan."

"Insan yang paling tinggi darjatnya, dan insan yang paling mulia ialah insan yang tidak melihat kemuliaannya."

"Persahabatan dengan orang yang tidak takut kepada keaiban akan mendapat malu di hari akhirat."

"Orang yang menjaga maruah sentiasa dalam perjuangan."




sumber dari: menulismenconteng.my/

Friday 4 April 2014

Sophie's World





Book cover


Sophie's World merupakan sebuah novel falsafah popular yang dihasilkan oleh Jostein Gaarder yang mendapat sambutan luar biasa di seluruh dunia.

Ia mengisahkan pengalaman seorang gadis berumur 14 tahun bernama Sophie. Ceritanya, hampir setiap hari Sophie mendapat surat misteri yang bertanyakan asal usul manusia, keberadaan dunia dan pertanyaan filosofis yang lainnya. Pertanyaan seperti itu memang tidak pernah terlintas dalam benak Sophie sebelumnya.

Meskipun agak bingung pada awalnya, tetapi akhirnya Sophie berjaya menemukan jawapannya. Melalui pengalaman Sophie, para pembaca berjaya memahami hal-hal kefalsafahan. Begitulah caranya Gaarder membawa orang awam untuk memahami falsafah.

Cara yang sama juga telah dilakukan berabad-abad silam oleh ahli falsafah Muslim iaitu Muhammad Abu Bakr Ibnu Tufayl yang merupakan kelahiran Guadix, Sepanyol pada 1110 Masihi. Dia menulis pandangan falsafahnya dalam sebuah novel, bertajuk Hayy Ibn Yaqzan (The Living Son of Vigilant). Karya Ibn Tufayl memang diinspirasikan oleh murid Ibnu Sina yang bernama Hayy Ibn Yaqzan, Salaman dan Absal.

Kerangka karya Tufayl berasal daripada cerita kuno di dunia Timur, iaitu The Story of the Idol and of the King and his Daughter. Judulnya diambil dari watak utama, Hayy Ibn Yaqzan. Melalui bukunya itu, Tufayl mengajak pembaca untuk turut merasakan langsung dan memahami pandangan falsafahnya.

Secara umumnya, cerita ini menggambarkan tentang pengetahuan manusia, yang muncul daripada sebuah 'kekosongan'. Kemudian, ia menemukan pengalaman mistik melalui hubungan dengan Tuhan. Untuk mencapai pengalaman tersebut, manusia mesti 'mematikan' dirinya.

Kisah Hayy Ibn Yaqzan bermula di sebuah pulau tidak berpenghuni. Havy adalah anak seorang wanita yang tidak ingin pernikahannya diketahui oleh saudaranya, Yaqzan dan tidak mahu diketahui abangnya, seorang pemerintah di sebuah pulau. Tidak lama setelah kelahiran Hayy, perempuan itu menyusuinya agar bayi itu merasa dan kenyang.

Kemudian, dia memasukkannya ke dalam sebuah peti dan menghanyutkannya. Bayi itu dibawa arus ke sebuah pulau yang tidak berpenghuni. Ketika itu, seekor rusa betina terdengar suara tangis Hayy. Rusa betina yang baru saja kehilangan anaknya, kemudian menghampiri Hayy.

Rusa betina itu memelihara Hayy sampai akhir hayatnya. Saat kematian 'ibu angkatnya', Hayy berumur tujuh tahun. Hidup di sekitar dunia haiwan, Hayy berbicara dalam gaya mereka. Tidak hanya itu, Hayy menutup tubuhnya dengan daun setelah melihat banyak tubuh haiwan ditutup oleh kulit mahu pun bulu yang lebat. Kematian rusa betina itu telah mengubah kehidupan daripada pergantungan kepada eksplorasi dan penemuan.

Itulah yang dilakukan oleh Hayy. Dia mulai berfikir bagaimana rusa betina itu boleh mati. Kenyataan itu, dia cerminkan pula untuk mengetahui keberadaan dirinya. Dia mengamati tubuh rusa yang telah mati itu dan bagaimana semua organ tubuh berfungsi. Hayy melihat hal ini juga terjadi pada manusia seperti dirinya.

Setelah menemui jawapan itu, pengamatan Hayy pun beralih kepada objek-objek lain. Melalui renungannya, Hayy merumuskan konsep tentang benda, bentuk, sebab-musabab, kesatuan serta keragaman termasuk konsep lain tentang bumi dan syurga. Dia berjumpa sebuah kesimpulan penting yang mana semuanya diciptakan oleh pemilik agung, iaitu Tuhan.

Sementara itu, di pulau yang menjadi jirannya, terdapat sekelompok manusia termasuk Raja Salaman yang mempraktikkan sebuah agama. Agama itu dipraktikkan sesuai dengan keterangan dalam kitab sucinya, meski pun hanya sebatas ritual dan melalui perantaraan.

Absal, teman Salaman, melakukan kajian terhadap ritual agama tersebut, yang langsung menuju kepada inti agama. Bukan literal seperti yang dilakukan oleh orang-orang lainnya. Dia mencari apa yang sebenarnya ada dalam kitab agama tersebut. Absal kemudian melakukan perjalanan menuju ke pulau tempat tinggal Hayy. Saat pertama kali bertemu Hayy, Absal merasa takut. Namun, Hayy menyakinkan bahawa dia tidak akan menganggu. Absal kemudian mengajarnya bahasa manusia.
Melalui penggunaan bahasa, Hayy mampu menjelaskan kepada Absal perkembangan pengetahuannya. Absal menyedari apa yang difahami Hayy adalah yang dijelaskan dalam agamanya sendiri, iaitu keberadaan Tuhan, kitab suci, malaikat, nabi, kehidupan setelah kematian.

Pada saat Absal mendiskusikan kebenaran tersebut, Hayy juga menemui jawapan ke atas refleksinya selama ini. Hanya Hayy tidak dapat memahami mengapa agama Absal menggunakan simbol dan menggunakan perantara.

Kemudian Hayy mengungkapkan minatnya untuk mengunjungi pulau jirannya itu. Dia ingin menyampaikan kebenaran dan keyakinannya kepada penghuni pulau itu. Absal kemudian menemaninya ke sana. Dia kemudian menyedari sejumlah orang tidak dapat 'menangkap' kebenaran sejati itu. Dia juga menyedari bahawa agama mereka diperlukan bagi kestabilan dan perlindungan sosial.

Hayy berfikir, apa yang mereka lakukan bukanlah sumber kebahagiaan. Untuk melakukan perubahan tentunya harus melalui perjalanan yang panjang. Namun, dia menyedari upaya pencerahan ini akan menyebabkan kestabilan masyarakat tersebut akan goyah.

Maka, dia memilih meninggalkan mereka. Absal dan Hayy kembali ke pulau semula. Mereka mempraktikkan amalan spiritual yang melahirkan pengalaman mistisisme. Daripada pengalamannya, Hayy menemukan dua fakta ontologi yang penting.

Pertama, di samping keragaman 'benda', terdapat sebuah kesatuan. Dan, selalu ada sesuatu iaitu jiwa yang selalu 'transenden'. Dia pun akhirnya menyedari mesti ada sebab awal terbentuknya dunia. Dunia tidak terjadi tanpa adanya ruang dan waktu. Dan, penyebab semuanya adalah Tuhan.
Kesedaran lain juga ada dalam dirinya iaitu kesedaran merupakan alat eksplorasi untuk mengetahui keberadaan Tuhan. Lebih jauh, dia juga menyimpulkan, hanya ada satu jalan untuk mencapai kebahagiaan dalam kehidupan dan setelah hidup iaitu kehadiran sebuah energi yang selalu membawanya kepada Tuhan.

Karya Ibnu Tufayl ini banyak diterjemahkan ke dalam bahasa Latin, Perancis dan Sepanyol. Ia dianggap memiliki pengaruh besar bagi kebangkitan falsafah.

Ibnu Tufayl dinobatkan sebagai ahli falsafah kedua memiliki pengaruh besar di dunia Barat setelah Ibnu Bajjah.







sumber dari: http://www.kosmo.com.my/kosmo/

Thursday 3 April 2014

Islamic Scientist




Al-Khindi

One of famous Muslim scientists was Abu Yousuf Yaqub Ibn. Isaac al-Khindi.  Al Khindi born at Kufa around 800 AD. He is actually someone who has expertise in many fields covering philosophy, mathematics, medicine, astronomy, physics, member of the geography and music.

Al-Khawarizmi



Abu Abdullah Mohammad Ibn Musa al-Khwarizmi is the father of algebra. Date of birth and death are not known precisely, but he was said to live in between the years 790 to 840 AD. There are also stating that he was born in 780 AD and died in 850 AD.



Abu al-Qasim Al-Zahrawi who lived between the years 936 to 1013 AD is another of its greatest Muslim scientists laid the foundations of many in the medical field.


Ibn Al-Baithar



Abu Muhammad Abdallah Ibn Ahmad Ibn al-Baitar Dhiya al-Din al-Malaqi is one of the scientists Muslim Spain. He is a member of the famous botanist and pharmacist in the middle ages.

sumber dari: http://sciencek1.wordpress.com/others/motivation/

Khasiat Buah Anggur




Kandungan anggur dalam surah Abasa ayat 27-29 Allah SWT berfirman, 

"Lalu kami tumbuhkan biji-bijian, anggur, dan sayur-sayuran, zaitun dan kurma (di bumi itu)." 

Allah SWT menciptakan anggur di bumi, dengan memberikan begitu banyak manfaat bagi umat manusia.

Menerusi kajian secara ilmiah mengenai buah anggur, diyakini bahawa ia memiliki khasiat dari sudut perubatan. Anggur merupakan sejenis buah rendah lemak, dan disebut-sebut sebagai makanan fungsional yang banyak memberikan manfaat dari nutrisi yang dikandung kerana dapat mengurangi risiko kardiovaskular.

Sebagai salah satu buah-buahan yang paling menyihatkan, anggur mengandungi 70 kalori per setengah cawan dan merupakan sumber potassium, vitamin C dan pectin - sejenis serat yang dapat membantu mengurangi kolesterol darah. Ketika dikeringkan menjadi kismis, anggur memiliki konsentrasi gula dan zat besi yang lebih tinggi. Anggur juga mengandungi beberapa phytochemical termasuk  resveratrol yang terdapat dalam kulitnya. Dalam beberapa penelitian terhadap resveratrol yang terdapat dalam kulit semua jenis anggur, ianya baik untuk mengurangi risiko kanser payudara, kanser hati,  kanser usus dan penyakit jantung.

Setelah membaca artikel tersebut di dalam sebuah majalah ilmiah.. terfikir pula untuk membaca terjemahan Al-Quran yang menyentuh tentang firman Allah SWT mengenai buah anggur...Di antara sekian banyak buah-buahan itu, salah satu firman Allah SWT dalam Al-Quran adalah anggur. Buah yang rasanya lazat itu, disebutkan dalam Al-quran sebanyak 14 kali. Ini menunjukkan bahwa betapa banyaknya nikmat yang Allah berikan dan sediakan untuk hamba-hamba-Nya.






Telah disebutkan juga didalam Al-Quran anggur memiliki khasiat dan kegunaan yang luar biasa. Anggur yang kering disebut kismis dan kismis yang baik biasanya berukuran besar, berlemak, dan banyak mengandungi minyak, juga berkulit tipis dan bijinya sedikit. Menurut Hisham Tahlbah dalam karyanya bertajuk Ensiklopedia Mukzijat Alquran dan Hadis, kismis yang seperti itu kaya kandungan gizi. Jika dimakan bijinya akan memberi manfaat yang banyak untuk pencernaan, hati dan limfa. Tahlbah menambahkan, kismis juga dapat mempersubur hati, selain juga bermanfaat untuk menghilangkan rasa sakit di tenggorok, dada, paru-paru dan ginjal. 
 
Dengan (air hujan) itu, Dia menumbuhkan bagi kamu tanam-tanaman; zaitun, kurma, anggur dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkan. 


(Surah An Nahl: 11) Aneka ragam buah-buahan segar diciptakan Sang Khalik untuk umat manusia. Menurut Thlbah, anggur sudah dikenal sejak masa Nabi Nuh AS.  





Kesimpulannya, anggur adalah salah satu buah yang paling banyak manfaatnya, tutur Tahlbah. Buah anggur ini, sangat baik untuk dimakan, baik ketika masih segar ataupun sudah kering. Anggur merupakan buah yang mudah dicerna. Anggur hijau maupun merah memiliki khasiat yang sama, keduanya bisa dimanfaatkan untuk menjadi buah, makanan, minuman, maupun sebagai penawar. 


Hal senada juga dituturkan oleh Ibnu Qayyim. Menurutnya, anggur adalah salah satu buah-buahan yang memiliki banyak manfaat. Anggur adalah salah satu buah dari sekian banyak buah, salah satu makanan bergizi dari sekian banyak makanan bergizi, salah satu ubat dari sekian banyak ubat, atau salah satu minuman dari sekian banyak minuman, ungkap Ibnu Qayyim. Sebagai ubat, anggur memiliki kandungan gizi yang sangat tinggi. Tahlbah mengungkapkan, anggur diyakini boleh mengubati batuk, memurnikan darah, membersihkan usus, pencernaan. 

Thalbah menjelaskan dalam buku-buku pengubatan pernafasan, anggur juga memiliki manfaat sebagai ubat untuk pengubatan pernafasan. Untuk pengubatan tersebut, anggur diolah menjadi minuman yang berupa jus anggur. Perahan air anggur juga berkhasiat menurunkan panas tubuh, menghentikan batuk, dan membuat perut merasa nyaman, menurut kata Tahlbah. Jus anggur, menurutnya, boleh membantu penyembuhan dari penyakit hemaroid (buasir), gangguan pencernaan, batu ginjal dan gangguan hempedu. Untuk itu, para peneliti menganjurkan untuk meminum segelas jus anggur, sebelum sarapan dan sebelum makan malam. 

Bahkan meminum segelas anggur sebelum tidur juga bisa membantu anda untuk tidur nyenyak tanpa insomnia yang mengganggu. Jus anggur juga baik untuk orang-orang yang keracunan, keletihan atau dalam masa penyembuhan atau terkena batu ginjal (kencing batu). 

Menurut para peneliti, jus anggur harus segera diminum setelah pembuatannya, karena jika didiamkan terlalu lama akan berubah menjadi arak yang memabukkan. Dari buah kurma dan anggur, kamu membuat minuman yang memabukkan dan rezeki yang baik.





Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang mengerti, 

(Surah Al-Nahl ayat 67). Menurutnya Abu Muhammad Abdallah Ibn Ahmad Ibn al-Baitar Dhiya al-Din al-Malaqi atau akrab disapa Ibnu al-Baitar anggur adalah buah yang paling diminati. Ia juga tergolong paling baik dibandingkan buah-buahan lainnya, karena mengandung banyak lemak. Ia dapat menggemukan orang yang kurus, membersihkan darah, dan memperlancar saluran pencernaan. Anggur juga bermanfaat untuk memulihkan orang yang sakit, dan menguatkan jantung, jelas Ibnu Baithar, ahli botani Muslim terkemuka di era kejayaan Islam di Andalusia. Anggur muda atau anggur yang masih segar, lanjut Tahlbah, memiliki manfaat dapat memampatkan darah yang terus menerus mengalir keluar (pendarahan), menguatkan dan memperlancar saluran pencernaan, serta mengatasi masalah usus besar.

Dari beberapa penelitian diperolehi kesimpulannya bahwa anggur adalah buah yang memiliki banyak manfaat. Anggur sangat efektif dalam membangun, memperbaiki, dan memperkuat sel-sel tubuh.



sumber dari: http://htaiping.moh.gov.my/